Sunday, July 31, 2011

PESANAN ABANG BUAT ADIK


Adikku,

Hari demi hari kau lalui,
bersama rakan dan guru
Mereka sebagai pengubat rindu,
Ayah ibu serta adik-beradik di kampong halaman.

Disini abang ingin coretkan sebuah ingatan dan pesanan
Untuk adik2 abang yang sedang dalam proses tarbiyah.

Sedarlah adikku,
Ayah dan ibu di kampung halaman
harapkan sebuah kejayaaan dari adik2,
disamping inginkan adik2 menjadi insan.

Ketahuilah, ayah ibu kita amanahkan
Kepada guru2 ini
Memberikan pendidikan akademik dan sahsiah,
Untuk kita menjadi insan.,
Guru2 ini
Tiada istilah letih dalam diri mereka
Sekarang,mereka bekerja tidak lagi 5hari seminggu,
Tidak lagi 8jam sehari
Tetapi,
Kini mereka habiskan 7hari semingu ,
24jam sehari Bersama  adik2
Besar pengorbanan mereka..

Ayuh adik2,
Kita bangkit daripada kelekaan,
Masa tidak menunggu kita,
Peluang dan jalan terbentang di depan mata
Pelbagai kemudahan kondusif disediakan
Murojoah munazamah,911 antara barnamijnya
Penuh dgn manhaj yg bermanfaat
Tidak hanya mengejar duniawi tetapi seiring dgn pengisian ukhrawi

Beruntung adik2,
Mempunyai guru2 yg sedia berkhidmat
Tidak kira siang ataupun malam
Pagi ataupun petang, kerja ataupun cuti,
Besar pengorbanan mereka
Tinggi menggunung harapan mereka
Hanya inginkan sebuah kejayaan dr adik2 tercipta.

Adikku,
Rebutlah peluang ini,carilah keberkatan ramadhan ini,
Bangunlah awalpagi,hampiri tahajuddmu kpd sang pencipta,
Basahi lidahmu dengan kalam suci al-qurannya
Kerapkan dhuhamu sebagai pembuka pintu rezeki
Serahkan dirimu, hanya kepadanya kita mohon pertolongan

Adikku,
Itu sahaja yang abang dapat coretkan
Ini semua hasil rentetan ziarah abang
ke Bumi tarbiyah SMKA SLIM RIVER pada 27/7/2011,
Ayah ibu bercerita perkara yang sama,
Ada yang tunjukkan jadual waktu melintang
Bermakna 7hari bekerja,
Maghrib,isyakmu dibimbang dan dipantau
Yasinmu, ayah ibu bersamamu.
Belajarmu  dimulai dengan zikrullah penawar hati
Diakhiri dengan kafaratul majlis,
Ya allah indahnya apa yang adik-adik ku dapat ini
Beruntung mereka.
Adikku,kembalikan sejarah SPM 1998.

Adikku,
Iringan doa abang kirimkan
Untuk adik2 semua,
Juga untuk ayah ibu ,
Sekarang pahit kita laluinya
Tetapi ingatlah akan kecapi kemanisan selepasnya.
Indahnya tarbiyah Allah..
Salam mujahadah adik-adikku,
Salam perjuanagn ayah ibu!!
Allah bersama kita, Insya-Allah..


Nurkilan,
Khairol Najib Hashim
Akademi Pengajian Islam
University Malaya Nilam Puri,Kelantan
28 julai 2011..




Monday, July 11, 2011

DERHAKA: ADAKAH ANAK ATAU IBU BAPA

"Seringkali kita mendengar yang zaman sekarang anak-anak makin ramai yang derhaka kepada ibubapa. Disebalik fenomena yang berlaku ini adakah kita (Ibubapa) mengkaji dan merenung sejenak kenapa anak-anak pada hari ini semakin nakal,jahat dan menderhakai kepada ibubapa mereka? Jika ibubapa mendidik anak-anak dengan betul mengikut gaya hidup islam perkara sebegini dapat dikurangkan. Apabila anak derhaka kepada ibubapa kita bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan betul? Didikan agama yang cukup? Apa kata kita lihat dahulu kisah di bawah :
Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.  Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.  Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”  Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri. "