Friday, June 10, 2011

KEHIDUPAN MINGGU PERTAMA DI SEMESTER TIGA

22-24 mei 2011, kursus Pembantu Pelajar KKNP.
24-28 mei 2011,persiapan untuk menyambut pelajar baru.
29mei-2 jun 2011,Minggu Haluan Siswa pelajar baru.
6 jun 2011, bermula hari pertama kuliah setelah hampir 3 bulan bercuti.
bermula lah tanggungjawabku.... amanah Allah yg diberikan kepada ku.
Aku ditaklifkan sebagai Presiden Jawatankuasa Tindakan Kolej(JTK).. memastikan semua sahabat penghuni Blok Al-Ghazali berada dalam keadaan yg selamat...
Minggu ini aku ditugaskan oleh Akh Syafiq Yusof agar bercakap Arab ketika Tobhur pertama pada hari rabu, 8jun2011.. bersusah payah menyiapkan teks melayu, kemudian translate ke dlm arab. meminta bantuan sahabat syed zain, akh nabil, Akh syafiq yusoff dan ramai lagi. xsenang hati selagi xbuat persembahan ucapan ketika tobhur.hari yang dinanti-nanti pu tiba. 8jun 2011, jam 8.05 pg. kaki ku melangkah masuk ke Dewan Johor. Tobhur pada hari ini diadakan di dewan Johor. jam 8.30pagi, tobhur bermula, majlis dipengerusikan oleh akh shauqi.. setelah selesai mengalunkan zikir asma-ul-husna.. akh shauqi menyebut namaku sebagai yg membuat ucapan yang pertama.. berdegup kencang dadaku,, menggeletar betis kakiku.. tetapi aku cuba mengawalnya.. alhamdulilah. dengan yakin aku memulakan ucapan dalam bahara arab... buat pertama kali, aku bercakap di khalayak ramai dengan menggunakan bahasa arab..syukur alhamdulilah..pengalaman ini banyak memberi manfaat kepada diriku.. dalam kesibukan dunia ini, Allah masih membuka ruang untuk kita sentiasa bertaubat... syukran .. salam mujahadah... sebentar tadi jam 10.00 10jun 2011, baru sahaja setelai pelancaran simfoni mentor.... syukur alhamdulilah... insyaallah. doakan kami di APIUM Nilam Puri.... semoga antum semua bejaya dalam ap jua bidang....wasalam..

1 comment: