Monday, October 15, 2012

UKHWAH ISLAMIYAH

Ukhwah Islamiah (persaudaraan) ialah suatu kesatuan hati, fikiran dan perasaan serta jiwa semua orang beriman kepada aqidah yang satu dan sama. Hal ini, juga merupakan ikatan yang membuahkan perasaan lembut, kasih sayang serta hormat menghormati yang mendalam di antara seorang dengan seorang yang lain dengan ikatan Aqidah Islamiyyah. dalm erti kata lain ukhwwah Islamiah adalah merupakan saudara kandung iman.


Perasaan persaudaraan yang erat sudah tentu menjelma di dalam diri orang yang beriman yang membuahkan sikap dan pendirian yang positif dalam mengamalkan konsep Ta'awwun (membantu) terhadap saudaranya, bersegera membuat kebaikan, kasihan belas, suka memaafkan kesalahan dan kesilapan saudaranya, serta menjauhkan diri dari sikap dan pendirian yang negatif terhadap saudaranya.

Hakikat di atas adalah berlandaskan kepada firma Allah :


Maksudnya : "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara"
(Surah Al-Hujurat : ayat 10)

Dan firmannya lagi :




Maksudnya: "Dan berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu pada masa jahiliyyah, bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hati-hati kamu lalu jadilah kamu kerana nikmatya Allah, orang-orang bersaudara.
(Surah Ali-Imran: ayat 103)


Rasulullah S.A.W:
                   لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

Maksudnya: "Tidak beriman seorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya."
(Muttafaqun Alaih)

Dan sabdanya lagi :

Maksudnya: "Bandingan orang mukmin dalam saling cinta-mencintai dan berkasih sayang mereka laksana satu badan, bila mana satu anggota  merasa sakit, maka berajak-ajaklah seluruh anggota itu bersama-sama menjaga malam dan menanggung derita".

(Muttafaqun alaih)

Ukhwah Fillah Abadan Abada....

Ana Akhukum Fil Islam,
16/10/2012..



KEINDAHAN DALAM KEPERITAN

Hari ini aku bertatih,
hari ni aku mula merangkak,
satu demi satu aku lalui,
langkah demi langkah aku tempuhi.

Pabila ku maju kehadapan,
ku lihat teman bersama,
aku teruskan langkah dan maju ke depan,
aku tidak keseorangan,
duri dan ranjau terpaksa di redah,
mehnah dan tribulasi sebagai gula2 makanan,
kerana itu aku masih disini...

Satu demi satu ujian mendatang,,
pabila tersilap langkah,
pabila pentingkan diri,
pasti Allah hantarkan ujianNya,
Allah hantarkan teguranNya,
Allah sayang akan hambaNya
yang mewakafkan diri dijalanNya.

Ingatlah pesan murabbi dan naqib,
dahulukan kepentingan Jemaah,
pentingkan awlawiyat drpd kepentingan diri,
Insyaallah disitu ada keberkatan..

Sekali sekala,
pasti akan tersilap langkah,
yakinlah pdNya,
itu namanya TARBIYAH,
itu namannya DIDIKAN,
Insyaallah..
matlamat Akhirat jadi keutamaan.
syahid cita-cita diimpikan..

Kita bukan pemula,
kita bukalah pengakhir,
kita hanya sebagai penyambung,
tugas NABI,
membawa risalah ISLAM..
ayuh, diri,
ayuh teman,
kita seiring dan bersama..
yakin dengan janjiNya....
Insyaallah,, Ameen......

Diri Untuk Ditarbiyah,
Tasik Varsiti UM
16/10/2012

Friday, August 31, 2012

MALAM MERDEKA PERAK NEGERIKU


Lama sudah tidak berbicara di ruang ini. Kali ini ingin kongsiakan pengalaman Malam Merdeka Di Perak negeriku. Perak

Selepas menemani ayah dan ibu berbuka puasa di Tanjong Malim. Area jam 9.30 malam ,meneruskan permusafiran ke Ipoh menaiki AHH 5731. Memilih samada ingin mengikut jalan persekutuan biasa ataupun Highway PLUS. Ambil keputusan masuk tol Slim River, memikirkan mungkin malamni banyak kereta atas jalan sebab orang dari KL balik ke utara sebab cuti 3hari. Berhati-hati, bimbang jugak kerana tak pernah sebelum ini menaiki motosikal memasuki highway pada waktu malam dengan jarak yang jauh. Gagahkan juga dengan penuh berhemat. Singgah berehat di hentian sebelah Ladang Bikam, kemudian di R&R Tapah, dan akhir di Hentian Sebelah Simpang Pulai. Hujan mengiringi perjalanan, tetapi Alhamdulilah,keadaan baik. Sampai di Simpang Pulai kenderaan bergerak perlahan kerana banyak kenderaan memenuhi highway. Tekaanku betil, sepanjang perjalanan jalanraya diterangi dengan lampu-lampu kenderaan. Sebelum exit susur keluar Ipoh, ternampak daripada highway di belakang Jusco Ipoh, disitu memang kawasan Night club. Kawasan itu  dipenuhi dengan banyak kenderaan. Geleng kepala seketika, malam merdeka dipenuhi kelab-kelab malam.

 Sekitar area jam 11.15 malam,  dapat juga memasuki Dataran MBI, terkejut besar juga. Allah. Limpahan manusia memenuhi Dataran MBI pada malam itu, majority yang memenuhi adalah golongan anak muda. Tujuan pergi ke dataran ini pun adalah untuk melihat keadaan sambutan Malam Ambang Merdeka di Perak. Nak tengok suasana. Tiada sambutan khas pada malam itu, semua aktiviti adalah dijalankan masing-masing. Pelbagai aktiviti yang mereka jalankan, antaranya adalah berbasikal fixy dan bmx, ada pameran sound speaker kereta, ada konvoi motosikal besar, dan banyak lagi. Berjalan-jalan memusing dataran seorang diri, cari-cari jga jikalau ada yang kenal.. tetapi tiada… ada sekumpulan sedang mengedarkan flyers, alhamdulilah, sempat juga mereka sampaikan dakwah mereka. Tatkala anak-anak muda sedang menghabiskan masa dengan aktiviti itu sementara menunggu detik jam 12malam, ada sekumpulan berhampiran Menara Jam. Mereka adakan speaker corner. Bercerita mengenai kemerdekaan, ada yg berpuisi. Sewaktu sampai disitu, seorang anak muda sedang menyampaikan ucapannya dengan penuh bersemangat dan keyakinan diiringi dengan laungan “takbir” oleh orang sekitarnya. Lihat dengan lebih dekat lagi, rupanya bebarapa NGO bergabung buat sambutan ambang bersama di Dataran MBI juga. Sempat bertanya dengan orang disitu, katanya mereka mulakan di Masjid sebelah Hospital Ipoh dengan aktiviti kerohanian disana, kemudian mereka berjalan menuju ke dataran dan pusing datarn dn akhirnya duduk kumpul di satu sudut di menaran jam. Daripada duduk di sound speaker yang mana jantung dedup dedap bagai nak luruh. Baik duduk disini tengok ramai jugala orang, ada pelbagai bangsa. Mereka pun dalam keadaan terkawal. Sambil itu, mata mencari-cari juga jikalau ada kenalan boleh juga buat bersembang.. Alhamdulilah, ketemu juga akhirnya. Bertemu dengan sahabat lama . Akh Luqman Zakaria yang mana akan belajar ke Mesir 6Jun ini flightnya. Semoaga selamat man.  Jam menunjukkan 11.55 mlm menunggu detik jam 12. Kumpulan ini bergerak menuju ke Menara Jam. Tepat jam 12, percikan Bunga api,bunyi mercun, bunyi hon dan banyak lagi. Itu adalah daripada manusia yang hadir. Tetapi lain pula di menara Jam, laungan “MERDEKA’ dilaungkan kemudian diiringi dengan bacaan doa. Jika tidak silap, yang membaca doa itu adalah Ust Abu Bakar Husin.  Kemudian diakhiri dengan laungan Takbir. Allah bertuah juga ada pada mala mini, xpernah tengok suasana malam ambang merdeka di luar selalunya di sekolah dulu ajer.

Pelbagai ragam dan aktiviti yang mereka jalankan, ada yang jalankan aktiviti yang membuang masa dan tidak mendatangkan faedah. Dan alhamdulilah, ada NGO yang jalankan aktiviti yang diisi dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan menerapkan nilai-nilai kemerdekaan yang sebenar. Tidaklah kemerdekaan itu diisi dengan hiburan yang melalaikan dan aktiviti sosial berleluasa dan boleh membawa kepada kemaksiatan. Nauzubillah.. Semoga Perak Lebih makmur dan ditadbir dengan kepimpinan yang baik serta diurus dengan mengikut syariat Islam. Insyaallah. 

Khairol Najib Hashim
Dataran MBI,Ipoh.
30 ogos 2012

Wednesday, July 4, 2012

TAKLIFAN MANUSIA ;TIADA ALASAN UNTUK MENGELAK



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدالله القائل في كتابه الكريم إنّ هذه اءمتكم أمة واحدة وأنا ربكم فاعبدون والصلاة والسلام على الرسول القائد الأمين القائل, كونو مع الجماعة فان يد الله مع الجماعة وعلى اله وأصحابه المجاهدين ومن تبعه الى يوم الدين, أما بعد
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,
 Syukur alhamdulilah kita masih diberikan nafas oleh Allah untuk menyedut udara segar dan meneruskan kewajipan di atas muka bumi Allah ini sebagai hambanya yang bertaqwa. Di samping itu, tanggungjawab kita bukan hanya sebagai seorang hamba kepada sang pencipta, malah kita juga adalah sebagai khalifah (pemimpin) kepada semua umat  tidak kira apa jua lapisan. Kita semua adalah pemimpin. Hadis Rasulullah S.A.W bersabda.:
1.        عن ابن عمر رضي الله عنهما قال, سمعت رسول الله (ص) يقول, كلكم راع وكلم مسؤل عن رعيته, اللإمام راع ومسؤل عن رعيته, والرجل راع في أهله ومسؤل عن رعيته, ولمرأة راعية في بيت زوجها ومسؤلة عن رعيتها, والخادم راع في مال سيده ومسؤ عن رعيته, وكلكم راع ومسؤل عن رعيته.
(متفق عليه)

Maksudnya : Ibn Umar dengar Rasulullah bersabda: semua kamu adalah gembala, semua kamu ditanya  tentang rakyatnya, Ketua Negara adalah gembala dan bertanggungjawab terhadap rakyatnya, seseorang lelaki adalah gembala kepada keluarganya dan bertanggungjawab tentang rakyatnya, seseorang isteri adalah gembala dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab tentang rakyatnya, seorang hamba adalah gembala pada harta benda tuannya dam nertanggungjawab tentang rakyatnya, kamu sekalian adalah gembala dan bertanggungjawab tentang rakyatnya.

Daripada hadith ini maka jelas tidak ada orang yang tiada dipertanggungjawabkan, seluruh manusia dibebankan dengan tugas masing-masing di tempat masing-masing.

Manusia juga dipertanggungjawabkan oleh Allah sebagai da’ie. Da’ie adalah perkataan dalam Bahasa Arab yang membawa maksud pendakwah. Kebanyakan orang pabila mendengar pendakwah mesti ada banyak ilmu, mesti hendak hafal 30 juzuk Al-Qur’an, mesti itu dan mesti ini. Tidak semestinya dah lengkap semua baru hendak berdakwah. Tetapi kita hendaklah sedikit demi sedikit kearah perbuatan itu untuk menambah ilmu agama dan melengkapkan diri dengan mengabdikan diri kepada Allah. Insyaallah, sedikit demi sedikit akan menjadikan diri kita untuk dekat kepada sang pencipta. Paling kurang pun kita adalah pendakwah kepada diri kita. Sama juga dengan konsep pemimpin. Kita adalah pemimpin kepada diri kita yakni mendorong diri kea rah kebaikan dan mengawal  diri daripada melakukan perkara yang melalaikan serta memudaratkan.

Lahirnya anak cucu Adam A.S atas muka bumi ini tidak lari daripada 3 tanggungjawab besar ini. Tiga taklifan ini adalah datangnya daripada Allah khas untuk hambanya di atas muka bumi yang sementara ini. 
Sesungguhnya kita hanya menumpang sementara buat seketika  di atas muka bumi ini sebelum melangkah pergi ke satu alam yang hakiki yakni alam akhirat.

Bersama kita sama-sama muhasabah diri kita untuk dekatkan diri kepada Sang Pencipta yang Maha Besar dan Maha Agung. Insyaallah, mudah-mudahan kita ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman disamping para syuhada’  pabila di sana nanti.

Sekian sahaja, jazakaallah khairan khatira.

Al- Faqir Ila Allah,
Akhukum Fi Islam.
5 Julai 2012
15 Sya’aban 1433
Slim River.

Tuesday, March 27, 2012

SHORT SMS; OMONG ATAU YES???


MULTIPLE SMS;BENAR ATAU TIDAK???

Slm ust, pkabo? tye bleh?
Slm us, chat? tye bley x?

Inilah antara sms yang sering digunakan oleh pelajar pabila menghantar sms kepada para guru atau pensyarahnya. Pelajar zaman moden, semua moden.. Mewah mereka, kanak-kanak umur  5tahun pun sekarang sudah ada Samsung tablet.  Bagusla, mengikut peredaran zaman, tapi ibubapa hendaklah mengawal pergerakan anak-anak lebih-lebih lagi dalam zaman yang penuh dengan mehnah dan tribulasi ini.

Short Message System (SMS), system khidmat pesanan ringkas.. Nama pun sudah short message, tetapi anak-anak zaman ini, jika boleh jika dh “short” tu, hendakkan “short” lagi. Sampaikan menghantar sms kepada guru mereka pun mereka gunakan “multiple short message”, sampaikan guru mereka membacanya lebih 5 kali untuk memahami. Mujurlah 5 kali itu baru mereka faham, ini ada yang baca sampai 45 kali tidak faham-faham, kemudian guru pun tidak meng’reply’ sms anak didik mereka. Pabila sekian lama anak didik menunggu gurunya meng’relpy’ sms, timbul di fikiran mereka. Antaranya adalah:

“Kenapalah ust ni x reply mesej aku”
Ust marah aku ke?
Ust memang xsuka baca sms kot?
Ust xreply mungkin sibuk kot?

Berbagai-bagai andaian dibuat oleh anak didik, jika mereka beranggapan positif bagusla, jika mereka beranggapan negatif, maka sudah timbul sangkaan buruk. Erm dh bertambah bintik hitam..aduyyy. Senangnyalah tambah dosa…

Peringatan buat semua samada yang bergelar pelajar ataupun mahasiswa atau apa pun lapisan masyarakat. Pabila hendak menghantar sms kepada seseorang, ikutlah  keadaan si penerima sms. Jika penerima sms itu rakan kita, sama-sama pelajar, maka ok jika gunakan “multiple sms”, kerana sesama mereka  sering menggunakan perkataan-perkataan sepertii tu, tetapi jika menghantar sms kepada guru atau pun ibubapa mereka, maka hendaklah gunakan perkataan yang jelas dan mudah difahami oleh si pembaca. Jangan sama kan guru atau ibubapa itu sama dengan rakan-rakan kita. Dari segi adab dan tata susila pun kita hendaklah meletakkan mereka lebih daripada rakan-rakan kita. Kedudukan mereka juga jauh lebih daripada rakan-rakan kita.

Jom mulai hari ni, kita cuba amalkan cara sms yg baik. Insyaallah, jika sms yang dihantar itu mudah difahami atau jelas dibaca maka, kita telah membuatkan sipembaca sms itu bahagia pabila membaca sms tersebut. Menggembirakan hati orang lain itu adalah amalan yang dialu-alukan. Sama-sama jom kita cuba.             Ayuh bangkit….

Hanya sekadar perkongsian, terpulang kepada pembaca coretan ini untuk menilainya.Hanya insan biasa.
Sekian, wasalam.

Saturday, March 10, 2012

TITIAN SEBUAH PENERBANGAN

Penantian itu satu penyiksaan, 
pertemuan itu  ada perpisahan,
dalam pertemuan  ada kemanisan,
untuk meniti dalam penantian itu amat memeritkan,
walau sukar untuk diterima,
tetapi hakikat dan suratan tercatat,
perjalanan mesti diharung,
walau berlainan tempat dan ragam,
jadikan pertemuan dahulu satu iktibar,
untuk terus melayar bahtera,
pastikan mendatang api dan bahang,
itu terpatri dalam kehidupan,
angin taufan ribut yang kencang,
hanya Iman sebagai bekalan.

Friday, March 9, 2012

KEMANISAN DALAM SEBUAH PELAYARAN

Hati sering membicarakan aku tidak mampu,aku tidak mampu.. itulah yang sering menggelabukan mata hati.. selain itu, perasaan malas lagi lebih menguasai minda dan jasad badan.. perasaan, harapan, keinginan, keazaman, semagat, kefahaman, dan lain-lain sering bermain di otak fikiran yang kecil in dan sempit jika tidak dimanfaatkan dengan baik, tetapi pada hakikatnya otak pemikiran adalah besar dan itu adalah anugerah Allah yang indah..

Menyusahkan orang lain adalah perkara yang tidak disukai.. malah akan mengakibatkan kebencian orang kepada diri semakin meninggi. selepas menyusahkan ditambah pula, dengan mengganggu orang lain ketika mereka seronok dan gembira dengan aktiviti lain, dan mengganggu mereka ketika perasaan mereka dek bagaikan api yang sedang menyala dan memarak.. 
susah, ganggu.. dan ini pula, membebankan orang laindengan perkara dan tugas.. perkara ini akan menyerabutkan lagi keadaan orang lain.. kegembiraan mereka diganggu bak angin sedang bertiup ditahan dengan papan, bagaikan hendak makan ais krim vanilla koko disalut dgn perisa durian tiba2 ianya dirampas orang tanpa meminta..


Tetiba terfikir,
mengapa perlu menyusahkan orang,
kenapa perlu mengganggu orang,
kenapa perlu membebankan orang,
kamu tak boleh buat sendiri kah??
kamu tidak mampukah?
tolongla!!
kasihan lah kpd orang..
mereka hendak buat banyak lagi.
kenapa mesti mereka yang kamu cari??

Hati dan fikiran berkata lagi,
kenapa aku tak pandai memimpin sebagai seorang ketua,
kenapa aku tak pandai buat kerja setiausaha,
kenapa aku tak pandai buat kerja bendahari,
kenapa aku tak pandai dalam akademik,
kenapa aku tak pandai dalam kebajikan,
kenapa aku tak pandai dalam multimedia,
kenapa aku tak pandai dalam perhubungan luar,
kenapa aku tak pandai dalam kerohanian,
kenapa aku tak pandai dalam ekonomi dan pencarian dana,
kenapa aku tak pandai dalam kesenian,
kenapa aku tak pandai dalam sukan,
kenapa aku tak pandai etika dan protokol,
kenapa aku tak pandai semua bidang dan tugas ini?
kenapa? dan kenapa??

Jika aku tahu dan boleh buat semua ini, yakin dan pasti aku tidak akan menyusahkan, manggangu dan membebankan orang lain dengan kerja2 ini. mereka mahu rehat dan menumpukan kepada banyak lagi tugas dan taklifan, tapi aku harus mengganggu, menyusahkan dan membabankan mereka.. jikalah boleh dan mahir dalam semua tugas di atas,, Allah, nescaya tidak akan ganggu dan susahkan mereka..

Tapi,, hakikat telah tertulis dan jelas serta terang benderang,aku memang tidak mampu dalam semua ini..
dan diriku memerlukan mereka dengan menyusahkan mereka demi memastikan semua itu berjalan dengan baik dan lancar serta tersusun.. Mereka memang sebagai Pelangkap. Jika tiada mereka, dan tidak menyusahkan mereka, pasti kerja dan tugas serta pengurusan tidak dapat dibuat dengan terbaik.

Itulah Hakikat diri yang lemah lagi hina disisi Allah. Kenapa hendak salahkan takdir, akan diri tidak mampu buat semua itu. Sudah itu adalah lumrah kehidupan. Allah itu Maha Adil. Kamu mampu buat yang ini, dan kamu tak mampu buat yang itu. orang lain pula, mampu buat yang itu tapi tak mampu buat yang ini. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.. Hendaklah terima hakikat ini. jangan kamu salahkan takdir kenapa kamu tak mampu buat semua itu. 

Orang lain memang diperlukan... tapi kasihan mereka,, aku telah ganggu mereka... demi memastikan semua ini berjalan lancar.. Ya Allah.. kasihanilah mereka.. terimalah amal mereka.. berkatilah bakti mereka yang telah dicurahkan.. Payungi mereka hingga ke syurga hakiki..

Setinggi kesyukuran dan penghargaan diucapkan kepada semua yang sentiasa bersama dalam menjalankan serta melancarkan pengurusan yang serba kekurangan ini.. sesungguhnya hanya insan biasa yang tidak lari daripada kesilapan dan kelemahan serta kekurangan yang berulang-ulang. Semoga khidmat dan bakti serta titik peluh kalian diterima Allah demi memastikan tertegaknya Kalimah Syahadah dan meneruskan perjuangan Rasulullah. Sesungguhnya kita bukanlah pemula dan kita bukanlah pengakhir,, hakikat yang jelas lagi nyata kita hanyalah penyambung dan mata rantai  perjuangan Rasulullah. Insyaallah.

*Bersama muhasabah diri* demi mengecapi syurga hakiki*...

Wednesday, March 7, 2012

CERITA HUJUNG MALAM DI AWAL PAGI

Perjalanan pulang menuju ke kampus Nilam Puri daripada menziarahi jenazah sahabat UPSI Allahyarhamah Hidayah di kediamannya Kg Anak Rhu Melawi.. jam menunjukkan 2.20pagi..

Najib: Bil, roblock kat depan tue,, seatbelt(tali pinggang keledar).. aku pantas meengenakannya.
Nabil: Jib, tolong pasangkan..
nabil perlahankan kereta,, selalu kalau kene roblock,, kereta slow,, n encik polis akan kata jalan.. tapi malamni,, erm,,
En.Polis: Mintak ic dan lesen..
Nabil: jap ye encik,, jib pegang ic aku ni jap.. mana lesen aku nie.. ni L, ni P, aduy mana lesen ni..maap ye encik.. manala lesen ni.. aduy..
Najib: bil, hang letak mana,, ko gelak-gelak,
Nabil: aduy,,, ha ada pun(nabil) dengan yakin menyerahkan lesen n ic nya kpd en.polis..
En.Polis: xde yang lain ke??
*nabil tersenyum,, memang perangai die suka senyum..*
Nabil: xde, itu je cik, kenape cik?? (muka xbersalah sebab xtahu apa salah)
En.polis: lesen ni dah mati ni dik. parking tepi..
dalam kereta nabil,najib n khair.. lesen hang mati bil?? hang xsedar ke??
nabil: mana aku tahu...
turun kereta dgn muka xbersalah.. kemudian duk sembang dgn en.polis td, kt bawah khemah kecil sementara die tulis saman.. muka redhoo je kene saman atas alasan lesen tamat tempoh...panjang jugak berborak.. macam sembang kawan2 aje ngan polis tue.. sampai polistu tersalah tulis kesalahan.. kesalahan lesen tamat tempoh, die tulis. cukai jalan tamat tempoh.. lesennya tamat 1.1.2012.
En.polis: kalau baru mati ni xpe dik, ni dh bulan 3, mati bulan 1..
bertiga: senyum aje...
En.polis: saya boleh charge lain ni.. lampu plat xde..
najib: (dengan muka xmalu), jangan encik, kami belajar, mana ada duit yang bayar banyak2..
En.Polis: ok.ok malam ni xpe,, tp takut nanti lain kali jika ada roblock, kene kt tempat lain.. sekarang ni nak wat operasi besar-besaran...
Kami bertiga: akur tanda setuju sebab malas nak cara banyak2, sebab jam dh pukul 2.45pg, mata pun dh ngantok n badan dh letih..

di akhir pertemuan..
Najib: terima kasih ye encik
En.Polis sorg lagi: terima kasih???
najib: ye terima kasih..
en.polis, sama-sama. moga jadi ustaz nanti yerk.. macam ustaz azhar..
BERTIGA: Insyaallah..

Bersalam dengan semua polis disitu.. dh macam kawan aje.. Kemudian, bawa kereta balik. Najib bawa, nabil dok belakang. dengan yakin aje najib tue bawa kereta.... *kenape pulak?? kenape dengan najib?? Khair??

sampai kampus: terpandang pada kad matrik,, Ya Allah, ic aku tertinggal malam tadi. tinggal kt bilik belakang kad matrik, sebab bawa time exam.. dengan pantas memberitahu khair...
khair pun gelak besar,,, katanya lagi.. ko tinggal ic.. aku lagila,, tak bawa apa. lesen xbawa ic pun xbawa..
kemudian bgth nabil,, erm.. same je kome tue ngan aku.. tiga2 sama je...

*sesiapapun yang bawa kereta malam tadi, pabila ditahan polis. mesti ada kesalahan.. nabil lesen tamat tempoh, najib xbawa ic,, khair xbawa ic n lesen... mujorlah,, nabil je yang kene.....

***nasihat kepada yang membaca ni.. sebelum keluar keman-mana, pastikan membawa dokumen penting anda.. ic,lesen dll..
*** satu lagi, lesen memandu tue, update sikit,, taku jadi macam nabil.. dh 2bulan lesen mati xsedar...

terima kasih kerana sudi membaca... sekadar perkongsian..
jadikan sebagai pengajaran..
wasalam.

Friday, February 3, 2012

KASIH NILAM PURI

Hari demi  hari,
Waktu demi  waktu,
Pusara ini kekal abadi disini,
Tesergam indah bak istana dunia.

Saban tahun,
Bumi ini didatangi dari seluruh pelusuk Negara,
Dari barat hingga ke timur, dari utara sampai ke selatan,
Tidak kira jauh mahupun dekat,
Samada tahu ataupun  tidak akan kewujudan bumi ini,
Yang pasti bumi dicari, dikaji, dinilai,dijaga dan dihargai.

Bumi ini bumi tarbiyah,
Bumi ini bumi barakah,
Lahirnya ulama’ pewaris anbiya’,
Lahirnya menteri  mentadbir  Negara,
Lahirnya cendiakawan menabur ilmu,
Lahirnya asatizah mendidik generasi
Lahirnya umat menyinari alam.

Nilam Puri,
Namamu tesergam megah dimata dunia,
Namamu disanjung –sanjung diangkat tinggi,
Nadi ilmu, nadi pentarbiyahan,
Nadi pengasuhan dan nadi kasih sayang.

Nilam Puri,
Engkau sentiasa menyinari,
Engkau sentiasa memekar  tinggi,
Engkau sentiasa menyerlah dihadapan,
Engkau sentiasa mengungguli,
Engkau sentiasa tersohor,
Dalam apa jua 
Tidak kira kecil mahupun besar.
Mari kita fikirkan, Mari kita renungkan
Bagaimana ia berlaku?
Bagaimana ia dikecapi?
Bagaimana ia terhasil?
Semua itu adalah gerak kerja bersama.

Sahabat,
Kita insan bertuah,
Kita insan beruntung,
Kita Ditempatkan di bumi barakah ini,
Kita dicampakkan Allah ke mari
Untuk terus memakmurkan bumi ini,
Untuk meneruskan perjuangan,
Untuk menyambung tanggungjawab dan amanah,
Untuk merangkak, melangkah dan meniti
Jambatan ilmu disini.

Teman,
Kita lagi bertuah dan beruntung,
Kerana kita
Ditemani murabbi yang sentiasa perihatin akan pendidikan  anak didiknya,
Dibelai ayah ibu yang besar jiwanya,
Mereka bersengkang mata, mengerah keringat,
Bermandi peluh,  bermain dengan akal dan tutur kata,
Tidak kira masa dan waktu,
Tidak kira siang atau malam,
Tidak kira cuti atau rehat
Semua itu adalah pengorbanan mereka,
Untuk terus melihat bumi ini kekal tesergam megah
Demi melahirkan generasi diredhai.

Wahai ayah,
Wahai ibu,
Besar amanah dan tanggungjawab yang ayah ibu kendongkan,
Engkau membelai kami bagai menatang minyak yang penuh,
Engkau Mendidik,membimbing dan menyelami  hati- hati kami,
Engkau tumpahkan sepenuh kasih sayangmu  kepada kami,
Engkau celikkan kami daripada dibuai mimpi lena,
Engkau bangkitkan  semangat dan jiwa kami  cinta akan Illahi,
Engkau sujudkan dahimu,
Engkau panjatkan doamu  kepada Allah demi kejayaan anak didikmu. 

Ayah, ibu,
Sejuta kemaafan kami pinta,
Atas kenakalan dan kedegilan anakmu,
Halalkan ilmu dan tunjuk ajar
Serta kasih sayang yang  ayah ibu curahkan kepada kami
Semoga itu semua mendidik jiwa-jiwa kami
Menjadi Insan suatu hari nanti.

Nilam Puri,
Kami yakin dan percaya,
Nilam puri akan tetap disini,
Tesergam dan tersohor dimata dunia,
Kejayaan demi kejayaan akan tercipta
Itu akan menjadi kebanggaan kami semua.

Walau kitakan berpisah,
Ia hanya dimata kasar kami,
Nun Jauh di lubuk hati kami untuk meninggalkanmu,
Tapi apakan daya,
Masa dan jarak memisahkan kita,
Untuk kami meneruskan liku-liku yang mendatang,
Untuk mengecapi Cinta Illahi yang hakiki.

Terima kasih ayah ibu,
Terima kasih sahabat dan teman,
Terima kasih Nilam Puri.
Salam Perjuangan Nilam Puri….


Hasil Nurkilan,
Khairol Najib Bin Hashim
Kolej Kediaman Nilam Puri UM
3 Februari 2012

Monday, January 2, 2012

1.1.12: TANJONG MALIM TUMPAHNYA DARAH MAHASISWA

1.1.12: TANJONG MALIM TUMPAHNYA DARAH MAHASISWA
Sewaktu diambang tahun baru disambut dengan pelbagai konsert yang gilang-gemilang di seluruh Negara. Sambutan tahun baru islamik di Shah Alam menampilkan ustaz azhar idrus bergandingan dengan pelawak terkenal Negara Zizan. Di Tanjong Malim lain pula ceritanya.. Sekitar lebih kurang 100 orang mahasiswa berhimpun di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI), menuntut Kebebasan Akademik 6 tuntutan serta menuntut pihak pentadbiran UPSI mempertimbangkan hukuman yang dikenakan kepada Saudara Adam Adli pelajar tahun 2 TESL UPSI, yang menurunkan gambar wajah Perdana Menteri DS Najib di PWTC semasa Perhimpunan Kebebasan Akademik (Academic Freedom) pada 17.12.2011 lepas.


Mereka berhimpun aman, dengan aktiviti “mentalkinkan AUKU” detik 12 malam. Perhimpunan turut disertai oleh pihak berkuasa PDRM dan FRU.. Seakan-akan mahasiswa mengadakan rusuhan. Mahasiswa yang berhimpun tanpa sebarang senjata yang merbahayakan, hanya berbekalkan kain sepanduk yang dibuat sendiri (*bukannya disponsor banner printing*) dan pembesar suara (*healer  yang dibeli sendiri dan bukannya ditaja*). 


Perhimpunan aman bertukar menjadi “Tragedi Berdarah 2012”, apabila Muhamad Safwan Bin Anang@Talib, Pengerusi BEBAS,merangkap Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS) dan juga Predisen Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) dibelasah teruk. Beliau mengalami kecederaan yang kritikal sehingga patah giginya sehingga berdarah mulutnya dan patah tulang rusuk kanan sehingga menyukarkan pergerakannya.
sumber: berdasarkan temuramah ketika menziarahinya 1.1.12 jam 10.00 malam di Hospital Slim River.


Sewaktu  Safwan ingin  dihantar ke Pusat Kesihatan Tanjong Malim untuk mendapatkan rawatan lanjut pelbagai sekatan dilakukan oleh pihak tertentu sehingga kunci kereta yang ingin menhantar Safwan turut dirampas. Syukur Alhamdulillah ada sebiji kereta putih datang membantu untuk menghantarnya untuk mendapatkan rawatan lanjut. Safwan tidak sedarkan diri sewaktu dihantar  untuk mendapatkan rawatan. Beliau sukar untuk bernafas. Beliau kemudiannya dirujuk ke Hospital Slim River Untuk mendapat rawatan lanjut. Setelah beliau dihantar, seramai 17 orang mahasiswa pula ditangkap oleh pihak berkuasa PDRM dan dibawa ke Balai Polis Tanjong Malim berhampiran UPSI.
Sumber: salah seorang mahasiswa yang ditangkap melalui Facebooknya. Muhammad Nasrul Alam Ash'ari
‎010112-Tahun Tumpahnya Darah Mahasiswa !!!
Hapus Kezaliman dan ketidakadlilan !!
Maaf saya tidak dpt balas mesej teman semua,
Saya baru selesai bersihkan luka di kaki..ada serpihan kaca dlm kaki..akibat saya ditolak oleh polis..ditambah,saya berkaki ayam selama 12 jam di lokap/balai polis.
Saya cukup kecewa/benci dgn Media TV3 dan sekutunya,Malah dgn Pemimpin Negara.
... Kami mencederakan diri sendiri..apakah bodoh kami??Teman boleh lihat bagaimana Muhammad Safwan Anang Talib di pukul dan Amar Ismail ditolak ssampai berdarah..malah saya sendiri di heret,ditumbuk,digari..begitu juga aktivis lain.Malah,diantara kami,dihina,diugut sms soal siasat sms ditahan.
Malah Kunci Kereta kami utk bawa aktivis cedera ke hospital dirampas oleh Polis !!!..anda percaya tidak?Malah,kecederaan oleh safwan/amar dibuat,jerit polis..sdgkan mereka yg sifat binatang menumbuk !!!
Ingat Tuntutan Kami : Mansuh AUKU,akta 174/555 & Batal Hukuman yg akan dikenakan atas Adam Adli.
Apakah kami yg mula serang/kacau polis atau SB..Siapa ??Malah kami mohon pada mereka utk berkerjasama..Kami bukan bermusuh dgn polis..kami benci kezaliman !!!
Hak kami utk bersuara dan berkumpul selagi ia tdk bertentangan dgn agama dan prinsip moral manusia !!!Lihat seterusnya..


Pagi hari 1.1.2012, mahasiswa mula ramai berhimpun di hadapan Balai Polis Tanjong Malim apabila mendapat berita yang mana Pengerusi BEBAS cedera parah dan 17 mahasiwa ditangkap dan ditahan PDRM. Himpunan besar-besaran berlaku di Tanjong Malim,menjadi satu sejarah baru di awal tahun baru 2012. Himpunan ini menuntut 17 mahasiswa dibebaskan oleh pihak berkuasa PDRM. Antara pimpinan mahasiswa yang hadir adalah Ikram Akramie Taib Azamudin,Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Rohayu Rusli Pengerusi  Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) GAMIS dan mahasiswa-mahasiwa daripada IPTA dan IPTS. Antaranya UPSI,UM,Unisel,UIA dan IPT lain. Jam 4 petang , 17 mahasiswa yang ditahan, dibebaskan di IPD Tanjong Malim,Slim River kira-kira 2 kilometer dari Hospital Slim River.

Di Hospital Slim River, ramai teman-teman mahasiswa datang untuk menziarahi Safwan. Kelihatan juga masyarakat-masyarakat setempat terdiri daripada pakcik-pakcik datang menziarahinya. Hospital dipenuhi dengan anak muda Mahasiswa yang bersama-sama mendokong perjuangan mahasiswa.
Sumber: seorang kenalan yang bekerja di Hospital Slim River.


Jam 10.00 malam, saya  bersama seorang teman mahasiswa sempat menziarahi sendiri Safwan di Wad 9, Aras 5 Hospital Slim River. Beliau ditemani isterinya,Masturah Abu Bakar yang juga Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Mahasiswa U.Malaya (MPMUM). Beliau menunjukkan kecederaan giginya yang patah dan nampak agak lemah kerana kesakitan yang teruk, kecederaan patah tulang rusuk kanannya. Beliau berkata sukar untuk bangun dan bergerak. Walaupun dirinya sedang sakit, tetapi wajahnya tetap tenang. Allah sedang mentarbiyahnya. Dalam memperjuangkan agama, pasti akan menempuh mehnah dan tribulasi.


Didoakan Safwan agar cepat sembuh dan dipermudahkan urusannya,seterusnya meneruskan perjuangannya menegakkan kalimah Allah. Doa teman-teman seperjuangan sentiasa mengiringi beliau. Kami juga mendoakan beliau dipermudahkan dalam urusan perbicaraan,pelajaran,perjuangan dan kehidupannya. Kami juga mendoakan beliau dapat menduduki peperiksaan dengan baik dan seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang..


Tragedi Mahasiswa Berdarah 2012  di Tanjong Malim akan tercatat di dalam sejarah Negara dan  setiap anak muda mahasiswa.  Anak-anak muda mahasiswa adalah golongan intelektual di institusi pengajian tinggi, pemimpin-pemimpin persatuan dan gerakan tinggi mahahsiwa  di peringkat university dan nasional, mereka juga adalah pemimpin Negara akan datang. Suara mereka hendaklah didengari. Untuk makluman, mereka bukanlah agen yang didoktrin oleh mana-mana pihak termasuk parti politik. Mereka mewakili golongan mahasiswa yang menuntut hak mereka. Mahasiswa adalah agen perubahan dan penyampai maklumat kepada masyarakat. Kesemua mereka bukanlah hanya daripada bidang Pengajian Islam sahaja  seperti yang didakwa sesetengah pihak, tetapi mereka terdiri daripada pelbagai bidang seperti  “law,sains politik, ekonomi, TESL dan lain-lain bidang”.


Marilah kita bersama-sama mendoakan perjuangan mereka diberkati Allah dan rahmat mengirigi mereka. 6 tuntutan mereka di ambil serius oleh pihak kerajaan dan hukuman yang dikenakan terhadap Adam Adli dipertimbangkan dan pihak yang terlibat bertanggungjawab terhadap kecederaan Safwan. Bersama-sama kita mendoakan  agar Islam tertegak, keadilan dibangkitkan dan hancurkan taghut,dajal dan kezaliman.. Insya-Allah. 



Khairol Najib Hashim
Kampong Gajah,Perak.
02.01.2012