Monday, October 26, 2015

Saya Sertai AMANAH


Saya Sertai AMANAH

Dengan lafaz Basmalah pembuka bicara Jumaat ini.

Alhamdulillah, secara rasminya saya telah menyertai Parti Amanah Negara sebagai wadah politik saya dalam negara ini bermula semalam seperti yang telah diumumkan oleh Tn. Haji Salahudin Ayub, Timbalan Presiden AMANAH dalam Majlis Kemasukan Tokoh Anak Muda Sertai AMANAH di Wisma Amanah,Jalan Ipoh Kuala Lumpur.

Saya memilih AMANAH adalah untuk meneruskan perjuangan yang dibawa Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad SAW untuk "Menegakkan Agama, dan tadbir dunia dengan agamanya.
"إقامة الدين، وسياسة الدنيا به."


Saya mengucapkan jutaan penghargaan terima kasih kepada Parti Amanah Negara khususnya Pemuda Amanah Nasional yang menyediakan platform dan mmberi ruang kepada saya yang masih lagi bergelar mahasiswa dan anak muda yang lain untuk berpencak dalam gelanggang politik bagi menyelamatkan Malaysia di kala keadaan negara yang semakin tenat akibat kerakusan pemimpin kerajaan UMNO/BN.

Saya percaya parti ini mampu membawa perubahan kepada lanskap politik negara dengan mengetengahkan muka baru, polisi serta dasar baru dalam membina sebuah negara dan masyarakat madani.

Suara dan pandangan golongan muda menjadi nadi kepada sebuah kebangkitan perubahan dalam negara ini. Oleh itu, anak muda perlu dilibatkan dalam proses membuat polisi dan dasar serta dalam membuat sesuatu keputusan.

Dengan itu, saya mengajak rakan-rakan anak muda tampil dalam memberikan idea pandangan, nasihat, cadangan, saranan serta gagasan-gagasan baru untuk diketengahkan demi membina sebuah Malaysia yang lebih baik.

Tegur Saya, Jika Saya Silap.
Nasihat Saya, Jika Saya Sombong.
Kritik Saya, Jika Saya Ego.
Bimbing Saya, Jika Saya Lemah.
Bersama Saya, Melakar Perubahan.


Jom Sertai AMANAH
#Harapan Baru
#IslamRahmatUntukSemua

Khairol Najib Hashim
23/10/2015
Melaka Sentral

Sunday, March 23, 2014

PRK N25 KAJANG; SATU PENDIDIKAN BERNILAI

Hulu Langat, 24 March 2014, Pilihan raya Kecil N25 Kajang telahpun melabuhkan tirainya malam td dengan kemenangan memihak kepada Dato' Seri wan Azizah Wan Ismail, 16741 undi dengan majoriti 5379 undi menewaskan calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun yang mendapat 11362 undi.






Pilihan Raya Kecil kajang ini saya mengambil kesempatan dan ruang yang ada untuk belajar sesuatu yang baru. Alhamdulillah, saya mengikuti kajian secara bersemuka kepada pengundi DUN dibawah seliaan Pusat Kajian Strategik Ilham Centre yang dibimbing oleh Pengarah Eksekutif dan pengerusi Eksukutif Ilham Centre iaitu En.Hishomudin Bakar dan En. Azlan Zainal. Saya bersama beberapa orang rakan mengambil peluang yang ada ini untuk belajar sesuatu. Alhamdulillah dapatan hasil kajian hampir tepat dengan keputusan PRK yang diumumkan pada malam tadi. Boleh rujuk link ini. https://www.facebook.com/ILHAMResearchCentre  ataupun http://www.keadilandaily.com/kajian-sikap-pengundi-bandar-sukarkan-bn-kubu-kuat-umno-terhakis/. 

Sepanjang seminggu menjalankan kajian ini, sedikit sebanyak dapat bertemu muka dan mendengar sendiri apa yang dikehndaki sebenarnya oleh rakyat Kajang. Ramai yang mengadu berkaitan perihal sampah yang man dibawah seliaan Majlis Perbandaran Kajang, masalah longkang, kesesakan lalulintas dan beberapa yang lain. diharapkan agar Kerajaan Negeri dan Wakil Rakyat yang baru dipilih oleh rakyat Kajang merealisasikan hasrat pengundi Kajang ini.

Pada hari Khamis, 20 march, 9.00 malam, diadakan Pentas Anak Muda dan Mahasiswa sempena Karnival Rakyat Selangorku di Stadium Kajang. Saya telah diamanahkan untuk mengendalikan acara ini. Alhamdulillah, saya mengendalikan pentas ini bersama dengan Ayah Halim Hamid. Beliau merupakan bapa kepada Adam Adli. Bersantai kami mengendalikan acara pada malam tersebut. Acara malam itu menampilkan pimpinan-pimpinan gerakan mahasiswa antaranya Al-Emran (PKPIM), wakil MKM, wakil mahasiswa Cina, Rabiatul Adawiyah (HEWI PMIUM),Abd malek (GAMIS), Muqit (Pro-M Nasional), Ekhsan ( AKSI), Bukhairy (SMM) dan Safwan Anang (Aktivis mahasiswa).

Pada malam itu turut dimeriahkan dengan persembahan puisi yang disampaikan oleh Kamarol Setapa (Presiden MPMN) dan Syamimi (Pengerusi Sister In Movement) dengan tajuk "puisi Rakyat". turut dimeriahkan dengan ucapan  nyanyian oleh Pak Wan veteran API (Angkatan Pemuda Insaf) pejuang kemerdekaan. turut hadir menyampaikan ucapan adalah Prof. Aziz Bari ( bekas pensyarah UIA). lebih kurang jam 10.30 malam, Pentas Anak Muda ini dikunjungi oleh Calon Parti keadilan Rakyat ( Datin Wan Azizah). Beliau menyampaikan ucapan dan memberi pembakar semangat kepada anak muda yang hadir.
-pada awalnya mahasiswa menjemput kedua-dua calon untuk hadir pada malam ini untuk menyampaikan ucapan tetapi hanya calon PKR sahaja yang hadir)

acara kemuncak Pentas ANak Muda ini adalah dengan pembakaran "Keranda Demokrasi" yang diketuai oleh Safwan Anang dan aktivis mahasiswa yang lain. Kemarahan anak muda semakin membuak-buak apabila penangkapan dan undang-undang negara diperkotak-katikkan. mahasiswa ditangkap oleh pihak berkuasa dengan mudah dan perbicaraan mahkamah melibatkan mahasiswa begitu banyak selepasa PRU13. jam 12.00 tgh malam pentas ini berakhir.



Pada keesokan harinya, Jumaat 21 March, selepas solat Jumaat, GAMIS dan SMM mengadakan Grand Speaker Corner di perkaranag Masjid Jamek Kajang. Pentas ini dipengerusikan oleh Saudara Najib UIA , Pengerusi Majlis Politik Gamis. Beberapa mahasiswa tampil menyampaikan pidato; antaranya ialah  Imran USIM, Saqif USIM, Safwan Shamsuddin (Pro-M UM), Malek (GAMIS) dan saya juga turut  menyampaikan ucapan mewakili PMIUM. Antara mesej yang disampaikan oleh wakil-wakil mahasiswa ini kepada pengundi Kajang khususnya adalah bijak membuat pilihan, keluar mengundi 23 march, tolak kezaliman dan penindasan serta slogan jentera "Mahasiswa Turun Kajang" adalah " Undi Selain BN, dan Undi Untuk Selangor".

Semasa sudut pidato ini berjalan, ianya mendapat sambutan baik daripada Rakyat Kajang, ramai yang mendengar penjelasan dan butir-butir yang disampaikan oleh mahasiswa. turut bersama mendengar adalah 2 orang mantan Menteri Besar iaitu mantan MB Selangor, Tan Sri Mohamad Taib dan Mantan MB perak DS Nizar Jamaludin.

Pada hari terakhir sebelum proses pengundian, 22 March, GAMIS Dan SMM mengadakan flashmob di persimpangan jalan berdekatan Stadium kajang. Flashmob ini diketuai oleh Muqit Mohamad ( Pengerusi Pro-M Nasional), ianya juga mendapat sokongan petugas, orang tua dan pengundi serta  pengguna jalan raya. Ramai yang membunyikan hon tanda setuju kepada mahasiswa.



Akhirnya, sebelum saya mengakhiri penulisan ini, ingin saya rakamkan jutaan penghargaan terima kasih kepada semua insan yang terlibat sepanjang PRK N25 Kajang ini terutamanya pihak pengurusan ILHAM Centre yang memberi peluang kepada saya untuk mempelajari sesuatu yang baru dlm kajian ini.  Tidak dilupakan kepada semua pimpinan mahasiswa serta rakan-rakan aktivis mahasiswa, rakan-rakan SAMM, pimpinan dan ahli PMIUM dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dlm PRK Kajang ini.

Buat Gerakan Mahasiswa dan Gerakan Mahasiswa Islam, ingin saya nukikan, mungkin ini masanya sudah sampai, kita cari titik persamaaan, kurangkan persengketaan, tinggalkan yang silam dan cipta sebuah rangkaian kejayaan untuk bergerak laju. Rakyat Malaysia memerlukan kita, Negara perlukan kita. jangan kita berlengah dan bertunding jari. ayuh....sahabat,rakan, dan teman.


"CREATE A NEW STORY TO BUILD A NEW HISTORY'

-pesanan seorang ayah kepada saya dan rakan sebaik sahaja pentas anak muda berakhir-
"MASA DEPAN MALAYSIA TERLETAK  PADA DIRI KAMU-


Khairol Najib Hashim
Universiti Malaya
25 March 2014.

Tuesday, May 14, 2013

PUISI BUAT GURU


Puisi Buat Guru

Hari demi hari
Langkah demi langkah
Kau lalui sebuah pelayaran
Di sebuah lautan bergelora.

Setiap hari
Seawal subuh
Tatkala sang mentari mula terbit
Kabus embun mencengkam dada
Engkau kerahkan kudrat
Gagahkan langkah
Menuju ke gerbang pentarbiyahan.

Guru
Engkau ibarat seorang kelasi
Yang sedang mengemudi sebuah nakhoda di lautan kencang,
Engkau juga ibarat seorang petani
Yang sedang menabur bijih
Bercucuk tanam
Menyemai tunas-tunas tumbuhan
Beratapkan langit
Beralaskan tanah
Dibawah terik mentari
Ditiup angin bayu
Demi sebuah keikhlasan.

Oh guru,
Sekecil-kecil
ABC,123,ا،ب،ت
Engkau membimbing
Engkau mengasuh
Engkau mendidik
Anak-anak yang sedang menapak, merangkak dan bertatih,
Engkau belai anak itu,
Engkau curahkan sepenuh kasih sayangmu
Setulus hati
Seikhas budi.

Guru,
Engkau celikkan anak-anak itu daripada mimpi lena,
Engkau selami hati budinya
Engkau pimpin tangannya
Engkau bangkitkan semangat roh perjuangannya.

Kini,
Anak-anak itu sudah pandai berjalan dan berlari,
Meneruskan langkah kehadapan,
Menongkah arus mara ke puncak,
Demi merealisasikan sebuah perjuangan
Meneruskan sebuah kehidupan
Yang penuh liku dan ranjau.

Guru,
Hari ini
Lahirnya,
Perajurit mengangkat senjata,
Doktor merawat  pesakit,
Menteri di kancah rakyat,
Jurutera di puncak awan
Angkawasan di legar angkasa
Agamawan ditagih masyarakat
Anak soleh menyantuni orang tuanya,
Semuanya menjadi manusia bergelar insan.

Bagaiamana ia terhasil?
Bagaimana ia membentuk?
Apakah acuannya?
Apakah ramuannya?
Siapakah pelenturnya?
Siapakah?
Dan siapakah??

Itulah insan 
Seorang pendidik
Seorang ayah dan ibu
Seorang pelentur
Yang Bergelar GURU.

Ya Allah,
Kau berkati guru-guru ini
Kau hadirkan keikhlasan
Kau temukan keredhaan
Kau rahmatikan kehidupan
Kau tempatkan syurga Firdausi
Buat insan bergelar GURU.

Salam perjuangan Guruku.
Terima kasih cikgu..


Khairol Najib Hashim
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya Kuala Lumpur
14 Mei 2013


 

Monday, October 15, 2012

UKHWAH ISLAMIYAH

Ukhwah Islamiah (persaudaraan) ialah suatu kesatuan hati, fikiran dan perasaan serta jiwa semua orang beriman kepada aqidah yang satu dan sama. Hal ini, juga merupakan ikatan yang membuahkan perasaan lembut, kasih sayang serta hormat menghormati yang mendalam di antara seorang dengan seorang yang lain dengan ikatan Aqidah Islamiyyah. dalm erti kata lain ukhwwah Islamiah adalah merupakan saudara kandung iman.


Perasaan persaudaraan yang erat sudah tentu menjelma di dalam diri orang yang beriman yang membuahkan sikap dan pendirian yang positif dalam mengamalkan konsep Ta'awwun (membantu) terhadap saudaranya, bersegera membuat kebaikan, kasihan belas, suka memaafkan kesalahan dan kesilapan saudaranya, serta menjauhkan diri dari sikap dan pendirian yang negatif terhadap saudaranya.

Hakikat di atas adalah berlandaskan kepada firma Allah :


Maksudnya : "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara"
(Surah Al-Hujurat : ayat 10)

Dan firmannya lagi :




Maksudnya: "Dan berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu pada masa jahiliyyah, bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hati-hati kamu lalu jadilah kamu kerana nikmatya Allah, orang-orang bersaudara.
(Surah Ali-Imran: ayat 103)


Rasulullah S.A.W:
                   لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه

Maksudnya: "Tidak beriman seorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya."
(Muttafaqun Alaih)

Dan sabdanya lagi :

Maksudnya: "Bandingan orang mukmin dalam saling cinta-mencintai dan berkasih sayang mereka laksana satu badan, bila mana satu anggota  merasa sakit, maka berajak-ajaklah seluruh anggota itu bersama-sama menjaga malam dan menanggung derita".

(Muttafaqun alaih)

Ukhwah Fillah Abadan Abada....

Ana Akhukum Fil Islam,
16/10/2012..



KEINDAHAN DALAM KEPERITAN

Hari ini aku bertatih,
hari ni aku mula merangkak,
satu demi satu aku lalui,
langkah demi langkah aku tempuhi.

Pabila ku maju kehadapan,
ku lihat teman bersama,
aku teruskan langkah dan maju ke depan,
aku tidak keseorangan,
duri dan ranjau terpaksa di redah,
mehnah dan tribulasi sebagai gula2 makanan,
kerana itu aku masih disini...

Satu demi satu ujian mendatang,,
pabila tersilap langkah,
pabila pentingkan diri,
pasti Allah hantarkan ujianNya,
Allah hantarkan teguranNya,
Allah sayang akan hambaNya
yang mewakafkan diri dijalanNya.

Ingatlah pesan murabbi dan naqib,
dahulukan kepentingan Jemaah,
pentingkan awlawiyat drpd kepentingan diri,
Insyaallah disitu ada keberkatan..

Sekali sekala,
pasti akan tersilap langkah,
yakinlah pdNya,
itu namanya TARBIYAH,
itu namannya DIDIKAN,
Insyaallah..
matlamat Akhirat jadi keutamaan.
syahid cita-cita diimpikan..

Kita bukan pemula,
kita bukalah pengakhir,
kita hanya sebagai penyambung,
tugas NABI,
membawa risalah ISLAM..
ayuh, diri,
ayuh teman,
kita seiring dan bersama..
yakin dengan janjiNya....
Insyaallah,, Ameen......

Diri Untuk Ditarbiyah,
Tasik Varsiti UM
16/10/2012

Friday, August 31, 2012

MALAM MERDEKA PERAK NEGERIKU


Lama sudah tidak berbicara di ruang ini. Kali ini ingin kongsiakan pengalaman Malam Merdeka Di Perak negeriku. Perak

Selepas menemani ayah dan ibu berbuka puasa di Tanjong Malim. Area jam 9.30 malam ,meneruskan permusafiran ke Ipoh menaiki AHH 5731. Memilih samada ingin mengikut jalan persekutuan biasa ataupun Highway PLUS. Ambil keputusan masuk tol Slim River, memikirkan mungkin malamni banyak kereta atas jalan sebab orang dari KL balik ke utara sebab cuti 3hari. Berhati-hati, bimbang jugak kerana tak pernah sebelum ini menaiki motosikal memasuki highway pada waktu malam dengan jarak yang jauh. Gagahkan juga dengan penuh berhemat. Singgah berehat di hentian sebelah Ladang Bikam, kemudian di R&R Tapah, dan akhir di Hentian Sebelah Simpang Pulai. Hujan mengiringi perjalanan, tetapi Alhamdulilah,keadaan baik. Sampai di Simpang Pulai kenderaan bergerak perlahan kerana banyak kenderaan memenuhi highway. Tekaanku betil, sepanjang perjalanan jalanraya diterangi dengan lampu-lampu kenderaan. Sebelum exit susur keluar Ipoh, ternampak daripada highway di belakang Jusco Ipoh, disitu memang kawasan Night club. Kawasan itu  dipenuhi dengan banyak kenderaan. Geleng kepala seketika, malam merdeka dipenuhi kelab-kelab malam.

 Sekitar area jam 11.15 malam,  dapat juga memasuki Dataran MBI, terkejut besar juga. Allah. Limpahan manusia memenuhi Dataran MBI pada malam itu, majority yang memenuhi adalah golongan anak muda. Tujuan pergi ke dataran ini pun adalah untuk melihat keadaan sambutan Malam Ambang Merdeka di Perak. Nak tengok suasana. Tiada sambutan khas pada malam itu, semua aktiviti adalah dijalankan masing-masing. Pelbagai aktiviti yang mereka jalankan, antaranya adalah berbasikal fixy dan bmx, ada pameran sound speaker kereta, ada konvoi motosikal besar, dan banyak lagi. Berjalan-jalan memusing dataran seorang diri, cari-cari jga jikalau ada yang kenal.. tetapi tiada… ada sekumpulan sedang mengedarkan flyers, alhamdulilah, sempat juga mereka sampaikan dakwah mereka. Tatkala anak-anak muda sedang menghabiskan masa dengan aktiviti itu sementara menunggu detik jam 12malam, ada sekumpulan berhampiran Menara Jam. Mereka adakan speaker corner. Bercerita mengenai kemerdekaan, ada yg berpuisi. Sewaktu sampai disitu, seorang anak muda sedang menyampaikan ucapannya dengan penuh bersemangat dan keyakinan diiringi dengan laungan “takbir” oleh orang sekitarnya. Lihat dengan lebih dekat lagi, rupanya bebarapa NGO bergabung buat sambutan ambang bersama di Dataran MBI juga. Sempat bertanya dengan orang disitu, katanya mereka mulakan di Masjid sebelah Hospital Ipoh dengan aktiviti kerohanian disana, kemudian mereka berjalan menuju ke dataran dan pusing datarn dn akhirnya duduk kumpul di satu sudut di menaran jam. Daripada duduk di sound speaker yang mana jantung dedup dedap bagai nak luruh. Baik duduk disini tengok ramai jugala orang, ada pelbagai bangsa. Mereka pun dalam keadaan terkawal. Sambil itu, mata mencari-cari juga jikalau ada kenalan boleh juga buat bersembang.. Alhamdulilah, ketemu juga akhirnya. Bertemu dengan sahabat lama . Akh Luqman Zakaria yang mana akan belajar ke Mesir 6Jun ini flightnya. Semoaga selamat man.  Jam menunjukkan 11.55 mlm menunggu detik jam 12. Kumpulan ini bergerak menuju ke Menara Jam. Tepat jam 12, percikan Bunga api,bunyi mercun, bunyi hon dan banyak lagi. Itu adalah daripada manusia yang hadir. Tetapi lain pula di menara Jam, laungan “MERDEKA’ dilaungkan kemudian diiringi dengan bacaan doa. Jika tidak silap, yang membaca doa itu adalah Ust Abu Bakar Husin.  Kemudian diakhiri dengan laungan Takbir. Allah bertuah juga ada pada mala mini, xpernah tengok suasana malam ambang merdeka di luar selalunya di sekolah dulu ajer.

Pelbagai ragam dan aktiviti yang mereka jalankan, ada yang jalankan aktiviti yang membuang masa dan tidak mendatangkan faedah. Dan alhamdulilah, ada NGO yang jalankan aktiviti yang diisi dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan menerapkan nilai-nilai kemerdekaan yang sebenar. Tidaklah kemerdekaan itu diisi dengan hiburan yang melalaikan dan aktiviti sosial berleluasa dan boleh membawa kepada kemaksiatan. Nauzubillah.. Semoga Perak Lebih makmur dan ditadbir dengan kepimpinan yang baik serta diurus dengan mengikut syariat Islam. Insyaallah. 

Khairol Najib Hashim
Dataran MBI,Ipoh.
30 ogos 2012

Wednesday, July 4, 2012

TAKLIFAN MANUSIA ;TIADA ALASAN UNTUK MENGELAK



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدالله القائل في كتابه الكريم إنّ هذه اءمتكم أمة واحدة وأنا ربكم فاعبدون والصلاة والسلام على الرسول القائد الأمين القائل, كونو مع الجماعة فان يد الله مع الجماعة وعلى اله وأصحابه المجاهدين ومن تبعه الى يوم الدين, أما بعد
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,
 Syukur alhamdulilah kita masih diberikan nafas oleh Allah untuk menyedut udara segar dan meneruskan kewajipan di atas muka bumi Allah ini sebagai hambanya yang bertaqwa. Di samping itu, tanggungjawab kita bukan hanya sebagai seorang hamba kepada sang pencipta, malah kita juga adalah sebagai khalifah (pemimpin) kepada semua umat  tidak kira apa jua lapisan. Kita semua adalah pemimpin. Hadis Rasulullah S.A.W bersabda.:
1.        عن ابن عمر رضي الله عنهما قال, سمعت رسول الله (ص) يقول, كلكم راع وكلم مسؤل عن رعيته, اللإمام راع ومسؤل عن رعيته, والرجل راع في أهله ومسؤل عن رعيته, ولمرأة راعية في بيت زوجها ومسؤلة عن رعيتها, والخادم راع في مال سيده ومسؤ عن رعيته, وكلكم راع ومسؤل عن رعيته.
(متفق عليه)

Maksudnya : Ibn Umar dengar Rasulullah bersabda: semua kamu adalah gembala, semua kamu ditanya  tentang rakyatnya, Ketua Negara adalah gembala dan bertanggungjawab terhadap rakyatnya, seseorang lelaki adalah gembala kepada keluarganya dan bertanggungjawab tentang rakyatnya, seseorang isteri adalah gembala dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab tentang rakyatnya, seorang hamba adalah gembala pada harta benda tuannya dam nertanggungjawab tentang rakyatnya, kamu sekalian adalah gembala dan bertanggungjawab tentang rakyatnya.

Daripada hadith ini maka jelas tidak ada orang yang tiada dipertanggungjawabkan, seluruh manusia dibebankan dengan tugas masing-masing di tempat masing-masing.

Manusia juga dipertanggungjawabkan oleh Allah sebagai da’ie. Da’ie adalah perkataan dalam Bahasa Arab yang membawa maksud pendakwah. Kebanyakan orang pabila mendengar pendakwah mesti ada banyak ilmu, mesti hendak hafal 30 juzuk Al-Qur’an, mesti itu dan mesti ini. Tidak semestinya dah lengkap semua baru hendak berdakwah. Tetapi kita hendaklah sedikit demi sedikit kearah perbuatan itu untuk menambah ilmu agama dan melengkapkan diri dengan mengabdikan diri kepada Allah. Insyaallah, sedikit demi sedikit akan menjadikan diri kita untuk dekat kepada sang pencipta. Paling kurang pun kita adalah pendakwah kepada diri kita. Sama juga dengan konsep pemimpin. Kita adalah pemimpin kepada diri kita yakni mendorong diri kea rah kebaikan dan mengawal  diri daripada melakukan perkara yang melalaikan serta memudaratkan.

Lahirnya anak cucu Adam A.S atas muka bumi ini tidak lari daripada 3 tanggungjawab besar ini. Tiga taklifan ini adalah datangnya daripada Allah khas untuk hambanya di atas muka bumi yang sementara ini. 
Sesungguhnya kita hanya menumpang sementara buat seketika  di atas muka bumi ini sebelum melangkah pergi ke satu alam yang hakiki yakni alam akhirat.

Bersama kita sama-sama muhasabah diri kita untuk dekatkan diri kepada Sang Pencipta yang Maha Besar dan Maha Agung. Insyaallah, mudah-mudahan kita ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman disamping para syuhada’  pabila di sana nanti.

Sekian sahaja, jazakaallah khairan khatira.

Al- Faqir Ila Allah,
Akhukum Fi Islam.
5 Julai 2012
15 Sya’aban 1433
Slim River.