Sunday, March 23, 2014

PRK N25 KAJANG; SATU PENDIDIKAN BERNILAI

Hulu Langat, 24 March 2014, Pilihan raya Kecil N25 Kajang telahpun melabuhkan tirainya malam td dengan kemenangan memihak kepada Dato' Seri wan Azizah Wan Ismail, 16741 undi dengan majoriti 5379 undi menewaskan calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun yang mendapat 11362 undi.






Pilihan Raya Kecil kajang ini saya mengambil kesempatan dan ruang yang ada untuk belajar sesuatu yang baru. Alhamdulillah, saya mengikuti kajian secara bersemuka kepada pengundi DUN dibawah seliaan Pusat Kajian Strategik Ilham Centre yang dibimbing oleh Pengarah Eksekutif dan pengerusi Eksukutif Ilham Centre iaitu En.Hishomudin Bakar dan En. Azlan Zainal. Saya bersama beberapa orang rakan mengambil peluang yang ada ini untuk belajar sesuatu. Alhamdulillah dapatan hasil kajian hampir tepat dengan keputusan PRK yang diumumkan pada malam tadi. Boleh rujuk link ini. https://www.facebook.com/ILHAMResearchCentre  ataupun http://www.keadilandaily.com/kajian-sikap-pengundi-bandar-sukarkan-bn-kubu-kuat-umno-terhakis/. 

Sepanjang seminggu menjalankan kajian ini, sedikit sebanyak dapat bertemu muka dan mendengar sendiri apa yang dikehndaki sebenarnya oleh rakyat Kajang. Ramai yang mengadu berkaitan perihal sampah yang man dibawah seliaan Majlis Perbandaran Kajang, masalah longkang, kesesakan lalulintas dan beberapa yang lain. diharapkan agar Kerajaan Negeri dan Wakil Rakyat yang baru dipilih oleh rakyat Kajang merealisasikan hasrat pengundi Kajang ini.

Pada hari Khamis, 20 march, 9.00 malam, diadakan Pentas Anak Muda dan Mahasiswa sempena Karnival Rakyat Selangorku di Stadium Kajang. Saya telah diamanahkan untuk mengendalikan acara ini. Alhamdulillah, saya mengendalikan pentas ini bersama dengan Ayah Halim Hamid. Beliau merupakan bapa kepada Adam Adli. Bersantai kami mengendalikan acara pada malam tersebut. Acara malam itu menampilkan pimpinan-pimpinan gerakan mahasiswa antaranya Al-Emran (PKPIM), wakil MKM, wakil mahasiswa Cina, Rabiatul Adawiyah (HEWI PMIUM),Abd malek (GAMIS), Muqit (Pro-M Nasional), Ekhsan ( AKSI), Bukhairy (SMM) dan Safwan Anang (Aktivis mahasiswa).

Pada malam itu turut dimeriahkan dengan persembahan puisi yang disampaikan oleh Kamarol Setapa (Presiden MPMN) dan Syamimi (Pengerusi Sister In Movement) dengan tajuk "puisi Rakyat". turut dimeriahkan dengan ucapan  nyanyian oleh Pak Wan veteran API (Angkatan Pemuda Insaf) pejuang kemerdekaan. turut hadir menyampaikan ucapan adalah Prof. Aziz Bari ( bekas pensyarah UIA). lebih kurang jam 10.30 malam, Pentas Anak Muda ini dikunjungi oleh Calon Parti keadilan Rakyat ( Datin Wan Azizah). Beliau menyampaikan ucapan dan memberi pembakar semangat kepada anak muda yang hadir.
-pada awalnya mahasiswa menjemput kedua-dua calon untuk hadir pada malam ini untuk menyampaikan ucapan tetapi hanya calon PKR sahaja yang hadir)

acara kemuncak Pentas ANak Muda ini adalah dengan pembakaran "Keranda Demokrasi" yang diketuai oleh Safwan Anang dan aktivis mahasiswa yang lain. Kemarahan anak muda semakin membuak-buak apabila penangkapan dan undang-undang negara diperkotak-katikkan. mahasiswa ditangkap oleh pihak berkuasa dengan mudah dan perbicaraan mahkamah melibatkan mahasiswa begitu banyak selepasa PRU13. jam 12.00 tgh malam pentas ini berakhir.



Pada keesokan harinya, Jumaat 21 March, selepas solat Jumaat, GAMIS dan SMM mengadakan Grand Speaker Corner di perkaranag Masjid Jamek Kajang. Pentas ini dipengerusikan oleh Saudara Najib UIA , Pengerusi Majlis Politik Gamis. Beberapa mahasiswa tampil menyampaikan pidato; antaranya ialah  Imran USIM, Saqif USIM, Safwan Shamsuddin (Pro-M UM), Malek (GAMIS) dan saya juga turut  menyampaikan ucapan mewakili PMIUM. Antara mesej yang disampaikan oleh wakil-wakil mahasiswa ini kepada pengundi Kajang khususnya adalah bijak membuat pilihan, keluar mengundi 23 march, tolak kezaliman dan penindasan serta slogan jentera "Mahasiswa Turun Kajang" adalah " Undi Selain BN, dan Undi Untuk Selangor".

Semasa sudut pidato ini berjalan, ianya mendapat sambutan baik daripada Rakyat Kajang, ramai yang mendengar penjelasan dan butir-butir yang disampaikan oleh mahasiswa. turut bersama mendengar adalah 2 orang mantan Menteri Besar iaitu mantan MB Selangor, Tan Sri Mohamad Taib dan Mantan MB perak DS Nizar Jamaludin.

Pada hari terakhir sebelum proses pengundian, 22 March, GAMIS Dan SMM mengadakan flashmob di persimpangan jalan berdekatan Stadium kajang. Flashmob ini diketuai oleh Muqit Mohamad ( Pengerusi Pro-M Nasional), ianya juga mendapat sokongan petugas, orang tua dan pengundi serta  pengguna jalan raya. Ramai yang membunyikan hon tanda setuju kepada mahasiswa.



Akhirnya, sebelum saya mengakhiri penulisan ini, ingin saya rakamkan jutaan penghargaan terima kasih kepada semua insan yang terlibat sepanjang PRK N25 Kajang ini terutamanya pihak pengurusan ILHAM Centre yang memberi peluang kepada saya untuk mempelajari sesuatu yang baru dlm kajian ini.  Tidak dilupakan kepada semua pimpinan mahasiswa serta rakan-rakan aktivis mahasiswa, rakan-rakan SAMM, pimpinan dan ahli PMIUM dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dlm PRK Kajang ini.

Buat Gerakan Mahasiswa dan Gerakan Mahasiswa Islam, ingin saya nukikan, mungkin ini masanya sudah sampai, kita cari titik persamaaan, kurangkan persengketaan, tinggalkan yang silam dan cipta sebuah rangkaian kejayaan untuk bergerak laju. Rakyat Malaysia memerlukan kita, Negara perlukan kita. jangan kita berlengah dan bertunding jari. ayuh....sahabat,rakan, dan teman.


"CREATE A NEW STORY TO BUILD A NEW HISTORY'

-pesanan seorang ayah kepada saya dan rakan sebaik sahaja pentas anak muda berakhir-
"MASA DEPAN MALAYSIA TERLETAK  PADA DIRI KAMU-


Khairol Najib Hashim
Universiti Malaya
25 March 2014.

No comments:

Post a Comment