Monday, January 2, 2012

1.1.12: TANJONG MALIM TUMPAHNYA DARAH MAHASISWA

1.1.12: TANJONG MALIM TUMPAHNYA DARAH MAHASISWA
Sewaktu diambang tahun baru disambut dengan pelbagai konsert yang gilang-gemilang di seluruh Negara. Sambutan tahun baru islamik di Shah Alam menampilkan ustaz azhar idrus bergandingan dengan pelawak terkenal Negara Zizan. Di Tanjong Malim lain pula ceritanya.. Sekitar lebih kurang 100 orang mahasiswa berhimpun di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI), menuntut Kebebasan Akademik 6 tuntutan serta menuntut pihak pentadbiran UPSI mempertimbangkan hukuman yang dikenakan kepada Saudara Adam Adli pelajar tahun 2 TESL UPSI, yang menurunkan gambar wajah Perdana Menteri DS Najib di PWTC semasa Perhimpunan Kebebasan Akademik (Academic Freedom) pada 17.12.2011 lepas.


Mereka berhimpun aman, dengan aktiviti “mentalkinkan AUKU” detik 12 malam. Perhimpunan turut disertai oleh pihak berkuasa PDRM dan FRU.. Seakan-akan mahasiswa mengadakan rusuhan. Mahasiswa yang berhimpun tanpa sebarang senjata yang merbahayakan, hanya berbekalkan kain sepanduk yang dibuat sendiri (*bukannya disponsor banner printing*) dan pembesar suara (*healer  yang dibeli sendiri dan bukannya ditaja*). 


Perhimpunan aman bertukar menjadi “Tragedi Berdarah 2012”, apabila Muhamad Safwan Bin Anang@Talib, Pengerusi BEBAS,merangkap Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia (GAMIS) dan juga Predisen Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) dibelasah teruk. Beliau mengalami kecederaan yang kritikal sehingga patah giginya sehingga berdarah mulutnya dan patah tulang rusuk kanan sehingga menyukarkan pergerakannya.
sumber: berdasarkan temuramah ketika menziarahinya 1.1.12 jam 10.00 malam di Hospital Slim River.


Sewaktu  Safwan ingin  dihantar ke Pusat Kesihatan Tanjong Malim untuk mendapatkan rawatan lanjut pelbagai sekatan dilakukan oleh pihak tertentu sehingga kunci kereta yang ingin menhantar Safwan turut dirampas. Syukur Alhamdulillah ada sebiji kereta putih datang membantu untuk menghantarnya untuk mendapatkan rawatan lanjut. Safwan tidak sedarkan diri sewaktu dihantar  untuk mendapatkan rawatan. Beliau sukar untuk bernafas. Beliau kemudiannya dirujuk ke Hospital Slim River Untuk mendapat rawatan lanjut. Setelah beliau dihantar, seramai 17 orang mahasiswa pula ditangkap oleh pihak berkuasa PDRM dan dibawa ke Balai Polis Tanjong Malim berhampiran UPSI.
Sumber: salah seorang mahasiswa yang ditangkap melalui Facebooknya. Muhammad Nasrul Alam Ash'ari
‎010112-Tahun Tumpahnya Darah Mahasiswa !!!
Hapus Kezaliman dan ketidakadlilan !!
Maaf saya tidak dpt balas mesej teman semua,
Saya baru selesai bersihkan luka di kaki..ada serpihan kaca dlm kaki..akibat saya ditolak oleh polis..ditambah,saya berkaki ayam selama 12 jam di lokap/balai polis.
Saya cukup kecewa/benci dgn Media TV3 dan sekutunya,Malah dgn Pemimpin Negara.
... Kami mencederakan diri sendiri..apakah bodoh kami??Teman boleh lihat bagaimana Muhammad Safwan Anang Talib di pukul dan Amar Ismail ditolak ssampai berdarah..malah saya sendiri di heret,ditumbuk,digari..begitu juga aktivis lain.Malah,diantara kami,dihina,diugut sms soal siasat sms ditahan.
Malah Kunci Kereta kami utk bawa aktivis cedera ke hospital dirampas oleh Polis !!!..anda percaya tidak?Malah,kecederaan oleh safwan/amar dibuat,jerit polis..sdgkan mereka yg sifat binatang menumbuk !!!
Ingat Tuntutan Kami : Mansuh AUKU,akta 174/555 & Batal Hukuman yg akan dikenakan atas Adam Adli.
Apakah kami yg mula serang/kacau polis atau SB..Siapa ??Malah kami mohon pada mereka utk berkerjasama..Kami bukan bermusuh dgn polis..kami benci kezaliman !!!
Hak kami utk bersuara dan berkumpul selagi ia tdk bertentangan dgn agama dan prinsip moral manusia !!!Lihat seterusnya..


Pagi hari 1.1.2012, mahasiswa mula ramai berhimpun di hadapan Balai Polis Tanjong Malim apabila mendapat berita yang mana Pengerusi BEBAS cedera parah dan 17 mahasiwa ditangkap dan ditahan PDRM. Himpunan besar-besaran berlaku di Tanjong Malim,menjadi satu sejarah baru di awal tahun baru 2012. Himpunan ini menuntut 17 mahasiswa dibebaskan oleh pihak berkuasa PDRM. Antara pimpinan mahasiswa yang hadir adalah Ikram Akramie Taib Azamudin,Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Rohayu Rusli Pengerusi  Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) GAMIS dan mahasiswa-mahasiwa daripada IPTA dan IPTS. Antaranya UPSI,UM,Unisel,UIA dan IPT lain. Jam 4 petang , 17 mahasiswa yang ditahan, dibebaskan di IPD Tanjong Malim,Slim River kira-kira 2 kilometer dari Hospital Slim River.

Di Hospital Slim River, ramai teman-teman mahasiswa datang untuk menziarahi Safwan. Kelihatan juga masyarakat-masyarakat setempat terdiri daripada pakcik-pakcik datang menziarahinya. Hospital dipenuhi dengan anak muda Mahasiswa yang bersama-sama mendokong perjuangan mahasiswa.
Sumber: seorang kenalan yang bekerja di Hospital Slim River.


Jam 10.00 malam, saya  bersama seorang teman mahasiswa sempat menziarahi sendiri Safwan di Wad 9, Aras 5 Hospital Slim River. Beliau ditemani isterinya,Masturah Abu Bakar yang juga Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Mahasiswa U.Malaya (MPMUM). Beliau menunjukkan kecederaan giginya yang patah dan nampak agak lemah kerana kesakitan yang teruk, kecederaan patah tulang rusuk kanannya. Beliau berkata sukar untuk bangun dan bergerak. Walaupun dirinya sedang sakit, tetapi wajahnya tetap tenang. Allah sedang mentarbiyahnya. Dalam memperjuangkan agama, pasti akan menempuh mehnah dan tribulasi.


Didoakan Safwan agar cepat sembuh dan dipermudahkan urusannya,seterusnya meneruskan perjuangannya menegakkan kalimah Allah. Doa teman-teman seperjuangan sentiasa mengiringi beliau. Kami juga mendoakan beliau dipermudahkan dalam urusan perbicaraan,pelajaran,perjuangan dan kehidupannya. Kami juga mendoakan beliau dapat menduduki peperiksaan dengan baik dan seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang..


Tragedi Mahasiswa Berdarah 2012  di Tanjong Malim akan tercatat di dalam sejarah Negara dan  setiap anak muda mahasiswa.  Anak-anak muda mahasiswa adalah golongan intelektual di institusi pengajian tinggi, pemimpin-pemimpin persatuan dan gerakan tinggi mahahsiwa  di peringkat university dan nasional, mereka juga adalah pemimpin Negara akan datang. Suara mereka hendaklah didengari. Untuk makluman, mereka bukanlah agen yang didoktrin oleh mana-mana pihak termasuk parti politik. Mereka mewakili golongan mahasiswa yang menuntut hak mereka. Mahasiswa adalah agen perubahan dan penyampai maklumat kepada masyarakat. Kesemua mereka bukanlah hanya daripada bidang Pengajian Islam sahaja  seperti yang didakwa sesetengah pihak, tetapi mereka terdiri daripada pelbagai bidang seperti  “law,sains politik, ekonomi, TESL dan lain-lain bidang”.


Marilah kita bersama-sama mendoakan perjuangan mereka diberkati Allah dan rahmat mengirigi mereka. 6 tuntutan mereka di ambil serius oleh pihak kerajaan dan hukuman yang dikenakan terhadap Adam Adli dipertimbangkan dan pihak yang terlibat bertanggungjawab terhadap kecederaan Safwan. Bersama-sama kita mendoakan  agar Islam tertegak, keadilan dibangkitkan dan hancurkan taghut,dajal dan kezaliman.. Insya-Allah. 



Khairol Najib Hashim
Kampong Gajah,Perak.
02.01.2012


No comments:

Post a Comment