Wednesday, October 19, 2011

Anak Kampung Masuk Kota Raya

Assalamualaikum wbt,

Anak kampung masuk kota raya

Kali ini ingin ku kongsikan satu pengalaman berharga.. 18hb okt 2011, aku dan sahabat sufian menaiki bas sani ekspress jam 10.00 mlm. perjalanan menuju ke "kota raya". diamanahkan oleh pihak Kolej Kediaman Nilam Puri untuk menghadiri majlis penyerahan watikah JTK Kolej-kolej kediman Universiti Malaya 2011/2012. Dalam bas 2 tingkat tu, xpernah dibuat sebelum ini. seat tempat duduk kami. atas dan paling depan sekali. memang skrin paling besar. nampak jalan semua. Alhamdulillah selamat sampai di Hentian Putra jam 5.30pg. Aku memang xpernah pergi Hentian Putra ini. Selalu pergi Hentian Pudu atau Jalan duta.. tapi buat2 pandai reti jela..sampai di hentian Putra, aku dan pian mencari Musolla, mujurla pian tahu, sebab die pernah sampai sini. Hentian Putra just untuk dari Pantai timur sahaja..Menuju musolla untuk solat subuh.. selesai solat subuh berehat seketika, sambil tu menelefon naqibku, Syakirin Yuslan. bgth dh sampai. Abg Amin yang angkat telefon, dia kata kami try usahakan untuk ambil antum..sementara tunggu jawapan mereka. kami dok rehat dalam musolla itu.. dalam area jam 6.30, mereka col semula, bgth xdapat ambil, xde kereta.. kami ckp xpela..kami survive sendiri..insyaallah. xharap mereka ambil pun, takut ganggu mereka, tapi mereka yg nak ambil.. terharu..syukur..

Kemudian mulala,perjalanan mencari KTM, xpernah tahu pun dimana KTM,keluar dr hentian putra tu, nampakla PWTC, tmpt ni pernah sampai, tp xtawla dimana KTM.. jalan-jalan seperti "anak kampong masuk kota",gelak jugakla.aku pun gunakanlah pepatah org tua, "malu tanya sesat jalan". tanyala ada 2 3 org sedang sembang kt pwtc tu, tanya dia mana ktm. alhamdulilah die bgth dgn baik. terima kasih encik bertiga.. terus menuju ke KTM. sampai KTM bli tiket KL Sentrak. pandai-pandai jer. dh la xpernah naik KTM sebelum ni.. aci redah jerla..tgk plan laluan train ada kt KTM tu. naik tren lepastu mulala, cuak jugak kalu terlepas station. tgk kt atas train tu, lepas KL terus jumpa KL Sentral. dengar die kata "Bank Negara". aku pun tanpa segan silu, tanya seorang "encik" ni. KL sentral turun sini jugakke? die kate bukan. ok, fine. tq. tebalkan mukala. kemudian sampai di KL Sentral. tgk plan, org cakap ambil LRT ke station U. pergila beli tiket.. naik atas tunggu kt atas platform 2. tanya la aunty india ini. "madam,nak pg UM tunggu sini ke?" die jawab "u follow me" tp nanti you kene naik bas..aku jawab ok, Thank you.. train sampai. dia naik tren, tapi aku n pian xsempat naik. so, kami buat2 tahula. naik tren seterusnya. sampai di station U. turun n ambil bas ke Um. ni satu cerita lagi,naik bas, pakcik driver tanya, ad kad. aku dgn yakin jawab ada. mana? selalu kad matrik letak kt poket depan beg. sejenoh-jenoh aku mencari. 2 3 minit jugak. mujurla pakcik tu penyabar. habis poket depan aku selongkar. rupa-rupanya. kad matrik ad kt dalam beg tengah. aduy. malu jugak, belakang ramai dh org nak naik bas.. rupanya naik bas, tunjuk kad matrik dpt diskaun. satu lagi, pakcik bas tu kata boleh tambah nilai "touch n Go" wah. hebat jugak, kad matrik boleh guna untuik  T n Go. naik bas masuk Um,buat2 retila, aku turun kt belakang Perpustakaan,depan Fakulti sains.

Dalam Kampus UM

Turun n dok rehat kt bus stop ngan pian. kemudian col abg syakirin, bgth dh sampai. alhamdulilah 20 minit lepastu die datang naik lagenda die ambil pian dulu, kemudian baru aku. sementara die hantar pian, aku sempatla tgk banyak gelagat orang. tup..tup. nampak kak zahrah pulak.mantan Timb,YDP MPP APIUMNP taun lepas. die dgn kak ain.kemudian , abg syakirin dtg ambil aku bawa ke KK12.katanya rehat ktsini, sini ramai budak Nilam Puri. apids ada, api tahun 1 ramai jugak. naik bilik abg shahrir,die roomate dgn abg muzammil.. dok bilik depa rehat.. pagi tu, pergi sarapan kt kafe kk12 dgn abg syakirin, pian xlarat,nak tido katanya,letih. aku ni bila sampai tempat baru, aku akan pusing, lain sikit la. aku ni jenis suka berjalan..n pusing2. dok kafe jumpa ramai jugakla. 1st turun lif jumpa asqolani. sampai kafe, jumpa seorang abg ni.. aku tgk macam kenal,, tp aku lupa namanya..terharunya aku, najib kan? katany.. a'ah aku membalas.. aku tye abg syakirin, nama abg itu. barula ingat. abg zaim,org bachok tahun 3 SM sains gunaan. kemudian pergi beli makan, aku ambil keoteow dan abg syakirin makan nasi n lauk ayam ++. terkejut kowt, org kata dok kl makan mahal, tp kt kk12 ni, berape semua? RM4, wah, kalah nilam puri ni.kt np nasi+ayam pun dh rm3 kalau ngan keoteow maybe jadi dekat rm5 atau rm6. tp kt sini murah. org kata kt kk12, memng makanan murah.. owhh. dok kafe makan2, tgh makan, jumpa ramaila sahabt2 apids, terharu jugakla.. jumpa ariff, furqon,poji,dan ramai lagila. maap xsebut nama. lepastu pun jumpa ramai lagi. zarin,pali,anas,mat,dan ramai lagi.. dok kafe kemudian naik bilik rehat jap. pukul 10.30 lbh kurang,u.hazrul col. tanya ada mana, kemudian ajak pergi API. aku ckp ok.siap2 kemudian pergila API KL. pergi pinjam moto zarin. buat2 reti jerla jalan2 dlm UM ni. dh macam aku tahu je semua, ingat kelantan ape. hehe. sampai API parking moto.

Di APIUM KL.

sampai je sini,jumpa jumpa dgn abg Edikoup,mantan s.u mpp 2009/2010. pastu jumpa pula dgn abg abu ziyad. dh macam lama je duduk API. kenal ngan abg2 ni. bukan kenal macam mana, melalui FB banyak, dll. kemudian, buat2 reti masuk dalam, abg edi kata ust ada ky BS24, masukla dalam api. jalan2 tgk macam mana api kl.jalan2 dalam,seronok jugak. sampai dlm ramai jugak la aku jumpa. sementara tunggu ust tgh sembang ngan ank murid die. alhamdulillah, ramai juga aku jumpa,jumpa dgn artis "elhamz" abg hamzah. terharu die masih kenal aku, perkenalan semasa HTUM di nilam puri jun lalu. kemudian, dok sembang ngan ust hazrul la. ada sekali, abg khorizul, dei presiden SMPI(sanjana muda pendidikan islam) tahun 4, die dok sembang ngan ustaz pasal debat asean usim. banyak jugak sembang ngan abg ni. sambil tu, jemput die mari sekali ibadah korban. katanya insyaallah. kemudian ust bawa kami ke kantin. ndway ke kantin. terserempak dgn 3org, seorang lelaki dan 2 org muslimat. mereka kata ,"assalamualaikum ustaz".. kata mereka kpd ustaz hazrul.. betul kata ustaz time bacaan yasin n solat hajat tempoh hari. katanya lepasan nilam puri, pabila ustaz2 n ustzh dtg mereka akan jumpa. tegur. betul jugak ustazah wan post kt fb dtang KL dh macam artis, anak murid ramai sangat..bagus mereka ini smua. didikan nilam puri. lelaki itu, abg nasrul alam ,mantan Presiden JTK 2009/2010.sekarang pegang MPMUM,wakil fakulti Pengajian Islam. akak muslimat tu tanye, ini khairol najib hashim yer? aku senyum je la. kenal akak2 ni kt aku. melalui pertanyaan nya. mesti tgk kt fb kowt. mungkin. ap2pun t.ksh la abg2 n akak.. sembang dgn abg nasrul. sambil ustz sembang dgn satu team muslimat ada dlm 6 7 org jugak. kemudian dtg la 3 4 org lelaki jumpa ustaz. itu semua anak murid ustaz.. bagus mereka..adakah aku akan jadi sperti mereka juga nanti.. pandai menghormati "tokguru". insyaallah, mudah2an. kemudian terus menuju ke kantin. ndway ternampak S/u MPMUM, abg hawari zakaria. die ni baru selesai jd Pengarah FESKUM 2011.die sdg sibuk buat kerja kowt, sempat sembang2 dgn die kejap jela..terus ke kantin. jumpa dgn fakhrul islam mantan bendahari MPP 2010/2011 dan muzammil hatta s/u jtk 2010/2011. masuk kantin abg khorizul suruh aku n pian makn jugak, makn la. ustaz belanja alhamdulillah. duduk, sebelah meja kami, abg hamzah tgh makan dgn abg amin mulia(feelhoney), alhamdulillah, die masih kenal sama aku. hehe*seleng sabah*.makan sambil sembang dgn abg khorizul, katanya kami duduk nilam puri 3 tahun tak puas. abg ni dr sarawak, dulu mereka dok nilam puri 3tahun sebab intensif B.Arab. banyak lagi la yang die sembang..jam pukul 1.30, minta dri dulu bgth ust n abg2 tu, nak gi solat kt surau Api, n balik kk12 siapkan diri.sebelum solat terserempak dgn abg shahrul nizam,mantan ydp mpp 2010/2011..selesai solat jumpa, dgn pensyarah API, org luar*bukan malaysian la*. tanya dlm bahasa arab..maksudnya. apa khabar? belajar disini? aku pun jawabnya dgn baik. alhamdulillah.. kemudian lepas solat jumpa dgn abg hawari.. sembang panjang sikit sgn die.. setle semua terus balik kk12. balik dok rehat jap n terus siap diri untuk event petang ni..

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan JTK

sampai di pintu masuk Kompleks Perdana Siswa UM, ada 2 org penyambut tetamu, nampak kami berdua memakai jaket Kolej Kediaman Nilam Puri, tanynnya kpd kami, dari nilam puri yerk?  kami menganggukkan kepala tanda ya.masuk dalam dewan, siap tunjuk tempat duduk lagitu.. tempat dudukku, kanan dewan tepi sekali.tertulis di kerusi "presiden Kolej Nilam Puri". terharunya. xpernah sebelum ini..satu penghormatan diberikan kpd Kolej kediaman nilam puri, diminta untuk membacakan doa dalam majlis tersebut.. bagi aku ini satu penghormatan.. majlis bermula jam 3.15 petang, dengan ketibaan TNC HEP Datuk Rohana Yusof. kemudian m/c menjemput namaku untuk membacakan doa,teks disediakan. syukur alhamdulillah, dpt laksanakn dgn baik. disusuli dgn ucapan oleh datuk TNC HEP. aturcara selepasnya adalah penyampaian watikah perlantikan. setiap presiden kolej naik pentas ambil watikah perlantikan.aku naik yang terakhir sekali. atas pentas,datuk rohana tanya, jauh datang yerk dari nilam puri.?"aku tersenyum..

                              menerima watikah perlantikan daripada Datuk Rohana Yusof TNC HEP

Selepas acara ini. diakan sesi dialog bersama TNC Hep. berbagi2 soalan diajukan oleh hadirin yang datang,kebanyakan soaln tntang HEP dan Kolej kediamn,paling hot pasal perkhidmatan bas.. aku tidak sia-siakan peluang ini. dengan yakin aku berdiri dan terus menuju ke microphone.ucap terima kasih kpd tnchep sudi jemput walaupun jauh nun di kelantan., kemudian aku ajukan masalah.. mengajukan tentang kurangnya prasarana sukan di KKNP. sebagai wakil kolej, memberi cadangan agar menyediakan 
1. court badminton khas dalam kolej.
2. menyediakan kayak kerana terdapat sungai di belakang kolej.
3.menyediakan prasarana sukan yang lain seperti court tenis dan lain2.

alhamdulilah mendapat respon yang baik drpd warga dewan dan juga tnchep. syukur xsia-sia ajukan soalan.. datuk minta ust hazrul untuk buat kertas kerja awal tahun depan..satu lagi, datuk juga cadangkan untuk tambahan court futsal.insyaallah. kita cuba usahakan sama2. jika xdapat tahun kita, dapat tahun adik2 nanti pun bersyukur jugak..

selepas sesi dialog, adakan sesi pengmbaran bersama pengetua masing2, aku berdiri dibelakang pengetuaku ayahanda ustaz hazrul. kemudian nyayian lagu UM dan event ditangguhkan. selepas majlis diadakan sesi fotografi jtk mengikut kolej kediaman masing2, alhamdulilah, kolej kami pun ada juga. walaupun kami datang berdua. kami bergambar dengan wakil staf hep. Habis semua, ada jamuan, makan kuih lompang n karipap. ustaz col suruh datang bawah, bilik jamuan,pergila sgan jugak. sampai kt bilik akak2 jemput bagi suruh makan. kami pun makanla sambil sembang2..ustz hazrul tgh sembang dgn pengetua kolej lain.. akak tu boleh tanya, flight balik pukul berapa,? aku gelak dalam je la. aku naik flight. ahah. aku cakapla, xbli tiket bas lagi. makan2 n sembang2 kemudian pg pejabat am hep ambil surat, akak yg time makan td suruh ambil surat. kemudian jam 5.30 malam balik la ke KK12, zarin nak guna motosikal semula...


                                      bergambar bersama pengetua kolej kediaman masing-masing
                                                        kanan sekali: duduk;ustaz hazrul, berdiri; khairol najib
                           


                                                  gambar bersama sahabat sufian dan wakil HEP 

Alhamdulilah selesai sudah majlis penyampaian watikah perlantikan JTK kolej-kolej kediaman Universiti Malaya 2011//2012. datang ke Um ni itulah tujuan nya.. 1st time masuk UM, nampakla view. n tahula selok belok jalan dalam UM ni sikit. alhamdulilah. aku mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sahabat yang banyak membantu sepanjang aku n pian berada di UM ni. terima kasih kpd abg syakirin sudi ambil kami naik moto, abg muzamil n abg shahrir sudi tumpangkan bilik, dan juga kpd sahabt2 apids yang layan kami dgn baik. dan kepada semua abg2 n akak2 yang mengenali diri kami. t.ksh juga kpd TNC HEP sudi jemput kami,Ustaz hazrul, pihak KKNP dan semua sekali. Kpd semua pimpinan JTK KKNP dan MPP APIUM NP, lepas ni sama2 kita upgratekan mutukerja kita dan kita sama2 buat penambahbaikan demi memperkenalkan nilam puri di mata masyarakat.. insyaallah. terima kasih.

nurkilan,
Khairol Najib Hashim
Kolej Kediaman ke-12,
Universiti Malaya.
20 okt 2011

2 comments:

  1. orang baik memang orang kenal ..

    ReplyDelete
  2. femesnye,artis pn kalah cenggini..view of da kl campus life,slmt melangkah ke mari..suburkan biah solehah nilam puri disini,mg thabat dlm perjuangan menegakkan deenul haq!!

    ReplyDelete