Wednesday, July 4, 2012

TAKLIFAN MANUSIA ;TIADA ALASAN UNTUK MENGELAK



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدالله القائل في كتابه الكريم إنّ هذه اءمتكم أمة واحدة وأنا ربكم فاعبدون والصلاة والسلام على الرسول القائد الأمين القائل, كونو مع الجماعة فان يد الله مع الجماعة وعلى اله وأصحابه المجاهدين ومن تبعه الى يوم الدين, أما بعد
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,
 Syukur alhamdulilah kita masih diberikan nafas oleh Allah untuk menyedut udara segar dan meneruskan kewajipan di atas muka bumi Allah ini sebagai hambanya yang bertaqwa. Di samping itu, tanggungjawab kita bukan hanya sebagai seorang hamba kepada sang pencipta, malah kita juga adalah sebagai khalifah (pemimpin) kepada semua umat  tidak kira apa jua lapisan. Kita semua adalah pemimpin. Hadis Rasulullah S.A.W bersabda.:
1.        عن ابن عمر رضي الله عنهما قال, سمعت رسول الله (ص) يقول, كلكم راع وكلم مسؤل عن رعيته, اللإمام راع ومسؤل عن رعيته, والرجل راع في أهله ومسؤل عن رعيته, ولمرأة راعية في بيت زوجها ومسؤلة عن رعيتها, والخادم راع في مال سيده ومسؤ عن رعيته, وكلكم راع ومسؤل عن رعيته.
(متفق عليه)

Maksudnya : Ibn Umar dengar Rasulullah bersabda: semua kamu adalah gembala, semua kamu ditanya  tentang rakyatnya, Ketua Negara adalah gembala dan bertanggungjawab terhadap rakyatnya, seseorang lelaki adalah gembala kepada keluarganya dan bertanggungjawab tentang rakyatnya, seseorang isteri adalah gembala dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab tentang rakyatnya, seorang hamba adalah gembala pada harta benda tuannya dam nertanggungjawab tentang rakyatnya, kamu sekalian adalah gembala dan bertanggungjawab tentang rakyatnya.

Daripada hadith ini maka jelas tidak ada orang yang tiada dipertanggungjawabkan, seluruh manusia dibebankan dengan tugas masing-masing di tempat masing-masing.

Manusia juga dipertanggungjawabkan oleh Allah sebagai da’ie. Da’ie adalah perkataan dalam Bahasa Arab yang membawa maksud pendakwah. Kebanyakan orang pabila mendengar pendakwah mesti ada banyak ilmu, mesti hendak hafal 30 juzuk Al-Qur’an, mesti itu dan mesti ini. Tidak semestinya dah lengkap semua baru hendak berdakwah. Tetapi kita hendaklah sedikit demi sedikit kearah perbuatan itu untuk menambah ilmu agama dan melengkapkan diri dengan mengabdikan diri kepada Allah. Insyaallah, sedikit demi sedikit akan menjadikan diri kita untuk dekat kepada sang pencipta. Paling kurang pun kita adalah pendakwah kepada diri kita. Sama juga dengan konsep pemimpin. Kita adalah pemimpin kepada diri kita yakni mendorong diri kea rah kebaikan dan mengawal  diri daripada melakukan perkara yang melalaikan serta memudaratkan.

Lahirnya anak cucu Adam A.S atas muka bumi ini tidak lari daripada 3 tanggungjawab besar ini. Tiga taklifan ini adalah datangnya daripada Allah khas untuk hambanya di atas muka bumi yang sementara ini. 
Sesungguhnya kita hanya menumpang sementara buat seketika  di atas muka bumi ini sebelum melangkah pergi ke satu alam yang hakiki yakni alam akhirat.

Bersama kita sama-sama muhasabah diri kita untuk dekatkan diri kepada Sang Pencipta yang Maha Besar dan Maha Agung. Insyaallah, mudah-mudahan kita ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman disamping para syuhada’  pabila di sana nanti.

Sekian sahaja, jazakaallah khairan khatira.

Al- Faqir Ila Allah,
Akhukum Fi Islam.
5 Julai 2012
15 Sya’aban 1433
Slim River.

No comments:

Post a Comment