BICARA SEORANG HAMBA
Monday, October 26, 2015
Saya Sertai AMANAH
Saya Sertai AMANAH
Dengan lafaz Basmalah pembuka bicara Jumaat ini.
Alhamdulillah, secara rasminya saya telah menyertai Parti Amanah Negara sebagai wadah politik saya dalam negara ini bermula semalam seperti yang telah diumumkan oleh Tn. Haji Salahudin Ayub, Timbalan Presiden AMANAH dalam Majlis Kemasukan Tokoh Anak Muda Sertai AMANAH di Wisma Amanah,Jalan Ipoh Kuala Lumpur.
Saya memilih AMANAH adalah untuk meneruskan perjuangan yang dibawa Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad SAW untuk "Menegakkan Agama, dan tadbir dunia dengan agamanya.
"إقامة الدين، وسياسة الدنيا به."
Saya mengucapkan jutaan penghargaan terima kasih kepada Parti Amanah Negara khususnya Pemuda Amanah Nasional yang menyediakan platform dan mmberi ruang kepada saya yang masih lagi bergelar mahasiswa dan anak muda yang lain untuk berpencak dalam gelanggang politik bagi menyelamatkan Malaysia di kala keadaan negara yang semakin tenat akibat kerakusan pemimpin kerajaan UMNO/BN.
Saya percaya parti ini mampu membawa perubahan kepada lanskap politik negara dengan mengetengahkan muka baru, polisi serta dasar baru dalam membina sebuah negara dan masyarakat madani.
Suara dan pandangan golongan muda menjadi nadi kepada sebuah kebangkitan perubahan dalam negara ini. Oleh itu, anak muda perlu dilibatkan dalam proses membuat polisi dan dasar serta dalam membuat sesuatu keputusan.
Dengan itu, saya mengajak rakan-rakan anak muda tampil dalam memberikan idea pandangan, nasihat, cadangan, saranan serta gagasan-gagasan baru untuk diketengahkan demi membina sebuah Malaysia yang lebih baik.
Tegur Saya, Jika Saya Silap.
Nasihat Saya, Jika Saya Sombong.
Kritik Saya, Jika Saya Ego.
Bimbing Saya, Jika Saya Lemah.
Bersama Saya, Melakar Perubahan.
Jom Sertai AMANAH
#Harapan Baru
#IslamRahmatUntukSemua
Khairol Najib Hashim
23/10/2015
Melaka Sentral
Sunday, March 23, 2014
PRK N25 KAJANG; SATU PENDIDIKAN BERNILAI
Hulu Langat, 24 March 2014, Pilihan raya Kecil N25 Kajang telahpun melabuhkan tirainya malam td dengan kemenangan memihak kepada Dato' Seri wan Azizah Wan Ismail, 16741 undi dengan majoriti 5379 undi menewaskan calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun yang mendapat 11362 undi.
Pilihan Raya Kecil kajang ini saya mengambil kesempatan dan ruang yang ada untuk belajar sesuatu yang baru. Alhamdulillah, saya mengikuti kajian secara bersemuka kepada pengundi DUN dibawah seliaan Pusat Kajian Strategik Ilham Centre yang dibimbing oleh Pengarah Eksekutif dan pengerusi Eksukutif Ilham Centre iaitu En.Hishomudin Bakar dan En. Azlan Zainal. Saya bersama beberapa orang rakan mengambil peluang yang ada ini untuk belajar sesuatu. Alhamdulillah dapatan hasil kajian hampir tepat dengan keputusan PRK yang diumumkan pada malam tadi. Boleh rujuk link ini. https://www.facebook.com/ILHAMResearchCentre ataupun http://www.keadilandaily.com/kajian-sikap-pengundi-bandar-sukarkan-bn-kubu-kuat-umno-terhakis/.
Sepanjang seminggu menjalankan kajian ini, sedikit sebanyak dapat bertemu muka dan mendengar sendiri apa yang dikehndaki sebenarnya oleh rakyat Kajang. Ramai yang mengadu berkaitan perihal sampah yang man dibawah seliaan Majlis Perbandaran Kajang, masalah longkang, kesesakan lalulintas dan beberapa yang lain. diharapkan agar Kerajaan Negeri dan Wakil Rakyat yang baru dipilih oleh rakyat Kajang merealisasikan hasrat pengundi Kajang ini.
Pada hari Khamis, 20 march, 9.00 malam, diadakan Pentas Anak Muda dan Mahasiswa sempena Karnival Rakyat Selangorku di Stadium Kajang. Saya telah diamanahkan untuk mengendalikan acara ini. Alhamdulillah, saya mengendalikan pentas ini bersama dengan Ayah Halim Hamid. Beliau merupakan bapa kepada Adam Adli. Bersantai kami mengendalikan acara pada malam tersebut. Acara malam itu menampilkan pimpinan-pimpinan gerakan mahasiswa antaranya Al-Emran (PKPIM), wakil MKM, wakil mahasiswa Cina, Rabiatul Adawiyah (HEWI PMIUM),Abd malek (GAMIS), Muqit (Pro-M Nasional), Ekhsan ( AKSI), Bukhairy (SMM) dan Safwan Anang (Aktivis mahasiswa).
Pada malam itu turut dimeriahkan dengan persembahan puisi yang disampaikan oleh Kamarol Setapa (Presiden MPMN) dan Syamimi (Pengerusi Sister In Movement) dengan tajuk "puisi Rakyat". turut dimeriahkan dengan ucapan nyanyian oleh Pak Wan veteran API (Angkatan Pemuda Insaf) pejuang kemerdekaan. turut hadir menyampaikan ucapan adalah Prof. Aziz Bari ( bekas pensyarah UIA). lebih kurang jam 10.30 malam, Pentas Anak Muda ini dikunjungi oleh Calon Parti keadilan Rakyat ( Datin Wan Azizah). Beliau menyampaikan ucapan dan memberi pembakar semangat kepada anak muda yang hadir.
-pada awalnya mahasiswa menjemput kedua-dua calon untuk hadir pada malam ini untuk menyampaikan ucapan tetapi hanya calon PKR sahaja yang hadir)
acara kemuncak Pentas ANak Muda ini adalah dengan pembakaran "Keranda Demokrasi" yang diketuai oleh Safwan Anang dan aktivis mahasiswa yang lain. Kemarahan anak muda semakin membuak-buak apabila penangkapan dan undang-undang negara diperkotak-katikkan. mahasiswa ditangkap oleh pihak berkuasa dengan mudah dan perbicaraan mahkamah melibatkan mahasiswa begitu banyak selepasa PRU13. jam 12.00 tgh malam pentas ini berakhir.
Pada keesokan harinya, Jumaat 21 March, selepas solat Jumaat, GAMIS dan SMM mengadakan Grand Speaker Corner di perkaranag Masjid Jamek Kajang. Pentas ini dipengerusikan oleh Saudara Najib UIA , Pengerusi Majlis Politik Gamis. Beberapa mahasiswa tampil menyampaikan pidato; antaranya ialah Imran USIM, Saqif USIM, Safwan Shamsuddin (Pro-M UM), Malek (GAMIS) dan saya juga turut menyampaikan ucapan mewakili PMIUM. Antara mesej yang disampaikan oleh wakil-wakil mahasiswa ini kepada pengundi Kajang khususnya adalah bijak membuat pilihan, keluar mengundi 23 march, tolak kezaliman dan penindasan serta slogan jentera "Mahasiswa Turun Kajang" adalah " Undi Selain BN, dan Undi Untuk Selangor".
Semasa sudut pidato ini berjalan, ianya mendapat sambutan baik daripada Rakyat Kajang, ramai yang mendengar penjelasan dan butir-butir yang disampaikan oleh mahasiswa. turut bersama mendengar adalah 2 orang mantan Menteri Besar iaitu mantan MB Selangor, Tan Sri Mohamad Taib dan Mantan MB perak DS Nizar Jamaludin.
Pada hari terakhir sebelum proses pengundian, 22 March, GAMIS Dan SMM mengadakan flashmob di persimpangan jalan berdekatan Stadium kajang. Flashmob ini diketuai oleh Muqit Mohamad ( Pengerusi Pro-M Nasional), ianya juga mendapat sokongan petugas, orang tua dan pengundi serta pengguna jalan raya. Ramai yang membunyikan hon tanda setuju kepada mahasiswa.
Akhirnya, sebelum saya mengakhiri penulisan ini, ingin saya rakamkan jutaan penghargaan terima kasih kepada semua insan yang terlibat sepanjang PRK N25 Kajang ini terutamanya pihak pengurusan ILHAM Centre yang memberi peluang kepada saya untuk mempelajari sesuatu yang baru dlm kajian ini. Tidak dilupakan kepada semua pimpinan mahasiswa serta rakan-rakan aktivis mahasiswa, rakan-rakan SAMM, pimpinan dan ahli PMIUM dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dlm PRK Kajang ini.
Buat Gerakan Mahasiswa dan Gerakan Mahasiswa Islam, ingin saya nukikan, mungkin ini masanya sudah sampai, kita cari titik persamaaan, kurangkan persengketaan, tinggalkan yang silam dan cipta sebuah rangkaian kejayaan untuk bergerak laju. Rakyat Malaysia memerlukan kita, Negara perlukan kita. jangan kita berlengah dan bertunding jari. ayuh....sahabat,rakan, dan teman.
"CREATE A NEW STORY TO BUILD A NEW HISTORY'
-pesanan seorang ayah kepada saya dan rakan sebaik sahaja pentas anak muda berakhir-
"MASA DEPAN MALAYSIA TERLETAK PADA DIRI KAMU-
Khairol Najib Hashim
Universiti Malaya
25 March 2014.

Tuesday, May 14, 2013
PUISI BUAT GURU
Puisi Buat Guru
Hari demi hari
Langkah demi langkah
Kau lalui sebuah pelayaran
Di sebuah lautan bergelora.
Setiap hari
Seawal subuh
Tatkala sang mentari mula terbit
Kabus embun mencengkam dada
Engkau kerahkan kudrat
Gagahkan langkah
Menuju ke gerbang pentarbiyahan.
Guru
Engkau ibarat seorang kelasi
Yang sedang mengemudi sebuah nakhoda di lautan kencang,
Engkau juga ibarat seorang petani
Yang sedang menabur bijih
Bercucuk tanam
Menyemai tunas-tunas tumbuhan
Beratapkan langit
Beralaskan tanah
Dibawah terik mentari
Ditiup angin bayu
Demi sebuah keikhlasan.
Oh guru,
Sekecil-kecil
ABC,123,ا،ب،ت
Engkau membimbing
Engkau mengasuh
Engkau mendidik
Anak-anak yang sedang menapak, merangkak dan bertatih,
Engkau belai anak itu,
Engkau curahkan sepenuh kasih sayangmu
Setulus hati
Seikhas budi.
Guru,
Engkau celikkan anak-anak itu daripada mimpi lena,
Engkau selami hati budinya
Engkau pimpin tangannya
Engkau bangkitkan semangat roh perjuangannya.
Kini,
Anak-anak itu sudah pandai berjalan dan berlari,
Meneruskan langkah kehadapan,
Menongkah arus mara ke puncak,
Demi merealisasikan sebuah perjuangan
Meneruskan sebuah kehidupan
Yang penuh liku dan ranjau.
Guru,
Hari ini
Lahirnya,
Perajurit mengangkat senjata,
Doktor merawat
pesakit,
Menteri di kancah rakyat,
Jurutera di puncak awan
Angkawasan di legar angkasa
Agamawan ditagih masyarakat
Anak soleh menyantuni orang tuanya,
Semuanya menjadi manusia bergelar “insan”.
Bagaiamana ia terhasil?
Bagaimana ia membentuk?
Apakah acuannya?
Apakah ramuannya?
Siapakah pelenturnya?
Siapakah?
Dan siapakah??
Itulah insan
Seorang pendidik
Seorang ayah dan ibu
Seorang pelentur
Yang Bergelar GURU.
Ya Allah,
Kau berkati guru-guru ini
Kau hadirkan keikhlasan
Kau temukan keredhaan
Kau rahmatikan kehidupan
Kau tempatkan syurga Firdausi
Buat insan bergelar GURU.
Salam perjuangan Guruku.
Terima kasih cikgu..
Monday, October 15, 2012
UKHWAH ISLAMIYAH
Ukhwah Islamiah (persaudaraan) ialah suatu kesatuan hati, fikiran dan perasaan serta jiwa semua orang beriman kepada aqidah yang satu dan sama. Hal ini, juga merupakan ikatan yang membuahkan perasaan lembut, kasih sayang serta hormat menghormati yang mendalam di antara seorang dengan seorang yang lain dengan ikatan Aqidah Islamiyyah. dalm erti kata lain ukhwwah Islamiah adalah merupakan saudara kandung iman.
Perasaan persaudaraan yang erat sudah tentu menjelma di dalam diri orang yang beriman yang membuahkan sikap dan pendirian yang positif dalam mengamalkan konsep Ta'awwun (membantu) terhadap saudaranya, bersegera membuat kebaikan, kasihan belas, suka memaafkan kesalahan dan kesilapan saudaranya, serta menjauhkan diri dari sikap dan pendirian yang negatif terhadap saudaranya.
Hakikat di atas adalah berlandaskan kepada firma Allah :

Maksudnya : "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara"
(Surah Al-Hujurat : ayat 10)
Dan firmannya lagi :
Maksudnya: "Dan berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu pada masa jahiliyyah, bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hati-hati kamu lalu jadilah kamu kerana nikmatya Allah, orang-orang bersaudara.
(Surah Ali-Imran: ayat 103)
Rasulullah S.A.W:
لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
Maksudnya: "Tidak beriman seorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya."
(Muttafaqun Alaih)
Dan sabdanya lagi :
Maksudnya: "Bandingan orang mukmin dalam saling cinta-mencintai dan berkasih sayang mereka laksana satu badan, bila mana satu anggota merasa sakit, maka berajak-ajaklah seluruh anggota itu bersama-sama menjaga malam dan menanggung derita".
(Muttafaqun alaih)
Ukhwah Fillah Abadan Abada....
Ana Akhukum Fil Islam,
16/10/2012..

KEINDAHAN DALAM KEPERITAN
Hari ini aku bertatih,
hari ni aku mula merangkak,
satu demi satu aku lalui,
langkah demi langkah aku tempuhi.
Pabila ku maju kehadapan,
ku lihat teman bersama,
aku teruskan langkah dan maju ke depan,
aku tidak keseorangan,
duri dan ranjau terpaksa di redah,
mehnah dan tribulasi sebagai gula2 makanan,
kerana itu aku masih disini...
Satu demi satu ujian mendatang,,
pabila tersilap langkah,
pabila pentingkan diri,
pasti Allah hantarkan ujianNya,
Allah hantarkan teguranNya,
Allah sayang akan hambaNya
yang mewakafkan diri dijalanNya.
Ingatlah pesan murabbi dan naqib,
dahulukan kepentingan Jemaah,
pentingkan awlawiyat drpd kepentingan diri,
Insyaallah disitu ada keberkatan..
Sekali sekala,
pasti akan tersilap langkah,
yakinlah pdNya,
itu namanya TARBIYAH,
itu namannya DIDIKAN,
Insyaallah..
matlamat Akhirat jadi keutamaan.
syahid cita-cita diimpikan..
Kita bukan pemula,
kita bukalah pengakhir,
kita hanya sebagai penyambung,
tugas NABI,
membawa risalah ISLAM..
ayuh, diri,
ayuh teman,
kita seiring dan bersama..
yakin dengan janjiNya....
Insyaallah,, Ameen......
Diri Untuk Ditarbiyah,
Tasik Varsiti UM
16/10/2012

Friday, August 31, 2012
MALAM MERDEKA PERAK NEGERIKU
Lama sudah tidak berbicara di ruang ini. Kali ini ingin kongsiakan
pengalaman Malam Merdeka Di Perak negeriku. Perak
Selepas menemani ayah dan ibu berbuka puasa di Tanjong Malim. Area jam
9.30 malam ,meneruskan permusafiran ke Ipoh menaiki AHH 5731. Memilih samada
ingin mengikut jalan persekutuan biasa ataupun Highway PLUS. Ambil keputusan
masuk tol Slim River, memikirkan mungkin malamni banyak kereta atas jalan sebab
orang dari KL balik ke utara sebab cuti 3hari. Berhati-hati, bimbang jugak
kerana tak pernah sebelum ini menaiki motosikal memasuki highway pada waktu
malam dengan jarak yang jauh. Gagahkan juga dengan penuh berhemat. Singgah berehat
di hentian sebelah Ladang Bikam, kemudian di R&R Tapah, dan akhir di
Hentian Sebelah Simpang Pulai. Hujan mengiringi perjalanan, tetapi Alhamdulilah,keadaan
baik. Sampai di Simpang Pulai kenderaan bergerak perlahan kerana banyak
kenderaan memenuhi highway. Tekaanku betil, sepanjang perjalanan jalanraya
diterangi dengan lampu-lampu kenderaan. Sebelum exit susur keluar Ipoh,
ternampak daripada highway di belakang Jusco Ipoh, disitu memang kawasan Night
club. Kawasan itu dipenuhi dengan banyak
kenderaan. Geleng kepala seketika, malam merdeka dipenuhi kelab-kelab malam.
Sekitar area jam 11.15 malam, dapat juga memasuki Dataran MBI, terkejut
besar juga. Allah. Limpahan manusia memenuhi Dataran MBI pada malam itu, majority
yang memenuhi adalah golongan anak muda. Tujuan pergi ke dataran ini pun adalah
untuk melihat keadaan sambutan Malam Ambang Merdeka di Perak. Nak tengok
suasana. Tiada sambutan khas pada malam itu, semua aktiviti adalah dijalankan
masing-masing. Pelbagai aktiviti yang mereka jalankan, antaranya adalah berbasikal
fixy dan bmx, ada pameran sound speaker kereta, ada konvoi motosikal besar, dan
banyak lagi. Berjalan-jalan memusing dataran seorang diri, cari-cari jga
jikalau ada yang kenal.. tetapi tiada… ada sekumpulan sedang mengedarkan
flyers, alhamdulilah, sempat juga mereka sampaikan dakwah mereka. Tatkala anak-anak
muda sedang menghabiskan masa dengan aktiviti itu sementara menunggu detik jam
12malam, ada sekumpulan berhampiran Menara Jam. Mereka adakan speaker corner. Bercerita
mengenai kemerdekaan, ada yg berpuisi. Sewaktu sampai disitu, seorang anak muda
sedang menyampaikan ucapannya dengan penuh bersemangat dan keyakinan diiringi
dengan laungan “takbir” oleh orang sekitarnya. Lihat dengan lebih dekat lagi,
rupanya bebarapa NGO bergabung buat sambutan ambang bersama di Dataran MBI juga.
Sempat bertanya dengan orang disitu, katanya mereka mulakan di Masjid sebelah
Hospital Ipoh dengan aktiviti kerohanian disana, kemudian mereka berjalan
menuju ke dataran dan pusing datarn dn akhirnya duduk kumpul di satu sudut di
menaran jam. Daripada duduk di sound speaker yang mana jantung dedup dedap
bagai nak luruh. Baik duduk disini tengok ramai jugala orang, ada pelbagai
bangsa. Mereka pun dalam keadaan terkawal. Sambil itu, mata mencari-cari juga
jikalau ada kenalan boleh juga buat bersembang.. Alhamdulilah, ketemu juga
akhirnya. Bertemu dengan sahabat lama . Akh Luqman Zakaria yang mana akan
belajar ke Mesir 6Jun ini flightnya. Semoaga selamat man. Jam menunjukkan 11.55 mlm menunggu detik jam
12. Kumpulan ini bergerak menuju ke Menara Jam. Tepat jam 12, percikan Bunga
api,bunyi mercun, bunyi hon dan banyak lagi. Itu adalah daripada manusia yang
hadir. Tetapi lain pula di menara Jam, laungan “MERDEKA’ dilaungkan kemudian
diiringi dengan bacaan doa. Jika tidak silap, yang membaca doa itu adalah Ust
Abu Bakar Husin. Kemudian diakhiri
dengan laungan Takbir. Allah bertuah juga ada pada mala mini, xpernah tengok
suasana malam ambang merdeka di luar selalunya di sekolah dulu ajer.
Pelbagai ragam dan aktiviti yang mereka jalankan, ada yang jalankan
aktiviti yang membuang masa dan tidak mendatangkan faedah. Dan alhamdulilah,
ada NGO yang jalankan aktiviti yang diisi dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat
dengan menerapkan nilai-nilai kemerdekaan yang sebenar. Tidaklah kemerdekaan
itu diisi dengan hiburan yang melalaikan dan aktiviti sosial berleluasa dan
boleh membawa kepada kemaksiatan. Nauzubillah.. Semoga Perak Lebih makmur dan ditadbir
dengan kepimpinan yang baik serta diurus dengan mengikut syariat Islam. Insyaallah.
Khairol Najib Hashim
Dataran MBI,Ipoh.
30 ogos 2012
Wednesday, July 4, 2012
TAKLIFAN MANUSIA ;TIADA ALASAN UNTUK MENGELAK
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدالله القائل في كتابه الكريم إنّ هذه اءمتكم أمة واحدة وأنا ربكم
فاعبدون والصلاة والسلام على الرسول القائد الأمين القائل, كونو مع الجماعة فان يد
الله مع الجماعة وعلى اله وأصحابه المجاهدين ومن تبعه الى يوم الدين, أما بعد
Assalamualaikum
warahmatullah wabarakatuh,
Syukur alhamdulilah
kita masih diberikan nafas oleh Allah untuk menyedut udara segar dan meneruskan
kewajipan di atas muka bumi Allah ini sebagai hambanya yang bertaqwa. Di samping
itu, tanggungjawab kita bukan hanya sebagai seorang hamba kepada sang pencipta,
malah kita juga adalah sebagai khalifah (pemimpin) kepada semua umat tidak kira apa jua lapisan. Kita semua adalah
pemimpin. Hadis Rasulullah S.A.W bersabda.:
1.
عن ابن عمر رضي الله عنهما قال, سمعت رسول الله (ص) يقول, كلكم راع
وكلم مسؤل عن رعيته, اللإمام راع ومسؤل عن رعيته, والرجل راع في أهله ومسؤل عن
رعيته, ولمرأة راعية في بيت زوجها ومسؤلة عن رعيتها, والخادم راع في مال سيده ومسؤ
عن رعيته, وكلكم راع ومسؤل عن رعيته.
(متفق عليه)
(متفق عليه)
Maksudnya : Ibn Umar dengar Rasulullah
bersabda: semua kamu adalah gembala, semua kamu ditanya tentang rakyatnya, Ketua Negara adalah
gembala dan bertanggungjawab terhadap rakyatnya, seseorang lelaki adalah
gembala kepada keluarganya dan bertanggungjawab tentang rakyatnya, seseorang
isteri adalah gembala dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab tentang
rakyatnya, seorang hamba adalah gembala pada harta benda tuannya dam
nertanggungjawab tentang rakyatnya, kamu sekalian adalah gembala dan
bertanggungjawab tentang rakyatnya.
Daripada hadith ini maka jelas tidak ada orang yang tiada
dipertanggungjawabkan, seluruh manusia dibebankan dengan tugas masing-masing di
tempat masing-masing.
Manusia juga dipertanggungjawabkan oleh Allah sebagai da’ie.
Da’ie adalah perkataan dalam Bahasa Arab yang membawa maksud pendakwah. Kebanyakan
orang pabila mendengar pendakwah mesti ada banyak ilmu, mesti hendak hafal 30
juzuk Al-Qur’an, mesti itu dan mesti ini. Tidak semestinya dah lengkap semua
baru hendak berdakwah. Tetapi kita hendaklah sedikit demi sedikit kearah perbuatan
itu untuk menambah ilmu agama dan melengkapkan diri dengan mengabdikan diri
kepada Allah. Insyaallah, sedikit demi sedikit akan menjadikan diri kita untuk
dekat kepada sang pencipta. Paling kurang pun kita adalah pendakwah kepada diri
kita. Sama juga dengan konsep pemimpin. Kita adalah pemimpin kepada diri kita
yakni mendorong diri kea rah kebaikan dan mengawal diri daripada melakukan perkara yang
melalaikan serta memudaratkan.
Lahirnya anak cucu Adam A.S atas muka bumi ini tidak lari
daripada 3 tanggungjawab besar ini. Tiga taklifan ini adalah datangnya daripada
Allah khas untuk hambanya di atas muka bumi yang sementara ini.
Sesungguhnya kita hanya menumpang sementara buat
seketika di atas muka bumi ini sebelum
melangkah pergi ke satu alam yang hakiki yakni alam akhirat.
Bersama kita sama-sama muhasabah diri kita untuk dekatkan
diri kepada Sang Pencipta yang Maha Besar dan Maha Agung. Insyaallah,
mudah-mudahan kita ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman
disamping para syuhada’ pabila di sana
nanti.
Sekian sahaja,
jazakaallah khairan khatira.
Al- Faqir Ila
Allah,
Akhukum Fi
Islam.
5 Julai 2012
15 Sya’aban 1433
Slim River.
15 Sya’aban 1433
Slim River.
Subscribe to:
Posts (Atom)