Wednesday, October 19, 2011

Anak Kampung Masuk Kota Raya

Assalamualaikum wbt,

Anak kampung masuk kota raya

Kali ini ingin ku kongsikan satu pengalaman berharga.. 18hb okt 2011, aku dan sahabat sufian menaiki bas sani ekspress jam 10.00 mlm. perjalanan menuju ke "kota raya". diamanahkan oleh pihak Kolej Kediaman Nilam Puri untuk menghadiri majlis penyerahan watikah JTK Kolej-kolej kediman Universiti Malaya 2011/2012. Dalam bas 2 tingkat tu, xpernah dibuat sebelum ini. seat tempat duduk kami. atas dan paling depan sekali. memang skrin paling besar. nampak jalan semua. Alhamdulillah selamat sampai di Hentian Putra jam 5.30pg. Aku memang xpernah pergi Hentian Putra ini. Selalu pergi Hentian Pudu atau Jalan duta.. tapi buat2 pandai reti jela..sampai di hentian Putra, aku dan pian mencari Musolla, mujurla pian tahu, sebab die pernah sampai sini. Hentian Putra just untuk dari Pantai timur sahaja..Menuju musolla untuk solat subuh.. selesai solat subuh berehat seketika, sambil tu menelefon naqibku, Syakirin Yuslan. bgth dh sampai. Abg Amin yang angkat telefon, dia kata kami try usahakan untuk ambil antum..sementara tunggu jawapan mereka. kami dok rehat dalam musolla itu.. dalam area jam 6.30, mereka col semula, bgth xdapat ambil, xde kereta.. kami ckp xpela..kami survive sendiri..insyaallah. xharap mereka ambil pun, takut ganggu mereka, tapi mereka yg nak ambil.. terharu..syukur..

Kemudian mulala,perjalanan mencari KTM, xpernah tahu pun dimana KTM,keluar dr hentian putra tu, nampakla PWTC, tmpt ni pernah sampai, tp xtawla dimana KTM.. jalan-jalan seperti "anak kampong masuk kota",gelak jugakla.aku pun gunakanlah pepatah org tua, "malu tanya sesat jalan". tanyala ada 2 3 org sedang sembang kt pwtc tu, tanya dia mana ktm. alhamdulilah die bgth dgn baik. terima kasih encik bertiga.. terus menuju ke KTM. sampai KTM bli tiket KL Sentrak. pandai-pandai jer. dh la xpernah naik KTM sebelum ni.. aci redah jerla..tgk plan laluan train ada kt KTM tu. naik tren lepastu mulala, cuak jugak kalu terlepas station. tgk kt atas train tu, lepas KL terus jumpa KL Sentral. dengar die kata "Bank Negara". aku pun tanpa segan silu, tanya seorang "encik" ni. KL sentral turun sini jugakke? die kate bukan. ok, fine. tq. tebalkan mukala. kemudian sampai di KL Sentral. tgk plan, org cakap ambil LRT ke station U. pergila beli tiket.. naik atas tunggu kt atas platform 2. tanya la aunty india ini. "madam,nak pg UM tunggu sini ke?" die jawab "u follow me" tp nanti you kene naik bas..aku jawab ok, Thank you.. train sampai. dia naik tren, tapi aku n pian xsempat naik. so, kami buat2 tahula. naik tren seterusnya. sampai di station U. turun n ambil bas ke Um. ni satu cerita lagi,naik bas, pakcik driver tanya, ad kad. aku dgn yakin jawab ada. mana? selalu kad matrik letak kt poket depan beg. sejenoh-jenoh aku mencari. 2 3 minit jugak. mujurla pakcik tu penyabar. habis poket depan aku selongkar. rupa-rupanya. kad matrik ad kt dalam beg tengah. aduy. malu jugak, belakang ramai dh org nak naik bas.. rupanya naik bas, tunjuk kad matrik dpt diskaun. satu lagi, pakcik bas tu kata boleh tambah nilai "touch n Go" wah. hebat jugak, kad matrik boleh guna untuik  T n Go. naik bas masuk Um,buat2 retila, aku turun kt belakang Perpustakaan,depan Fakulti sains.

Dalam Kampus UM

Turun n dok rehat kt bus stop ngan pian. kemudian col abg syakirin, bgth dh sampai. alhamdulilah 20 minit lepastu die datang naik lagenda die ambil pian dulu, kemudian baru aku. sementara die hantar pian, aku sempatla tgk banyak gelagat orang. tup..tup. nampak kak zahrah pulak.mantan Timb,YDP MPP APIUMNP taun lepas. die dgn kak ain.kemudian , abg syakirin dtg ambil aku bawa ke KK12.katanya rehat ktsini, sini ramai budak Nilam Puri. apids ada, api tahun 1 ramai jugak. naik bilik abg shahrir,die roomate dgn abg muzammil.. dok bilik depa rehat.. pagi tu, pergi sarapan kt kafe kk12 dgn abg syakirin, pian xlarat,nak tido katanya,letih. aku ni bila sampai tempat baru, aku akan pusing, lain sikit la. aku ni jenis suka berjalan..n pusing2. dok kafe jumpa ramai jugakla. 1st turun lif jumpa asqolani. sampai kafe, jumpa seorang abg ni.. aku tgk macam kenal,, tp aku lupa namanya..terharunya aku, najib kan? katany.. a'ah aku membalas.. aku tye abg syakirin, nama abg itu. barula ingat. abg zaim,org bachok tahun 3 SM sains gunaan. kemudian pergi beli makan, aku ambil keoteow dan abg syakirin makan nasi n lauk ayam ++. terkejut kowt, org kata dok kl makan mahal, tp kt kk12 ni, berape semua? RM4, wah, kalah nilam puri ni.kt np nasi+ayam pun dh rm3 kalau ngan keoteow maybe jadi dekat rm5 atau rm6. tp kt sini murah. org kata kt kk12, memng makanan murah.. owhh. dok kafe makan2, tgh makan, jumpa ramaila sahabt2 apids, terharu jugakla.. jumpa ariff, furqon,poji,dan ramai lagila. maap xsebut nama. lepastu pun jumpa ramai lagi. zarin,pali,anas,mat,dan ramai lagi.. dok kafe kemudian naik bilik rehat jap. pukul 10.30 lbh kurang,u.hazrul col. tanya ada mana, kemudian ajak pergi API. aku ckp ok.siap2 kemudian pergila API KL. pergi pinjam moto zarin. buat2 reti jerla jalan2 dlm UM ni. dh macam aku tahu je semua, ingat kelantan ape. hehe. sampai API parking moto.

Di APIUM KL.

sampai je sini,jumpa jumpa dgn abg Edikoup,mantan s.u mpp 2009/2010. pastu jumpa pula dgn abg abu ziyad. dh macam lama je duduk API. kenal ngan abg2 ni. bukan kenal macam mana, melalui FB banyak, dll. kemudian, buat2 reti masuk dalam, abg edi kata ust ada ky BS24, masukla dalam api. jalan2 tgk macam mana api kl.jalan2 dalam,seronok jugak. sampai dlm ramai jugak la aku jumpa. sementara tunggu ust tgh sembang ngan ank murid die. alhamdulillah, ramai juga aku jumpa,jumpa dgn artis "elhamz" abg hamzah. terharu die masih kenal aku, perkenalan semasa HTUM di nilam puri jun lalu. kemudian, dok sembang ngan ust hazrul la. ada sekali, abg khorizul, dei presiden SMPI(sanjana muda pendidikan islam) tahun 4, die dok sembang ngan ustaz pasal debat asean usim. banyak jugak sembang ngan abg ni. sambil tu, jemput die mari sekali ibadah korban. katanya insyaallah. kemudian ust bawa kami ke kantin. ndway ke kantin. terserempak dgn 3org, seorang lelaki dan 2 org muslimat. mereka kata ,"assalamualaikum ustaz".. kata mereka kpd ustaz hazrul.. betul kata ustaz time bacaan yasin n solat hajat tempoh hari. katanya lepasan nilam puri, pabila ustaz2 n ustzh dtg mereka akan jumpa. tegur. betul jugak ustazah wan post kt fb dtang KL dh macam artis, anak murid ramai sangat..bagus mereka ini smua. didikan nilam puri. lelaki itu, abg nasrul alam ,mantan Presiden JTK 2009/2010.sekarang pegang MPMUM,wakil fakulti Pengajian Islam. akak muslimat tu tanye, ini khairol najib hashim yer? aku senyum je la. kenal akak2 ni kt aku. melalui pertanyaan nya. mesti tgk kt fb kowt. mungkin. ap2pun t.ksh la abg2 n akak.. sembang dgn abg nasrul. sambil ustz sembang dgn satu team muslimat ada dlm 6 7 org jugak. kemudian dtg la 3 4 org lelaki jumpa ustaz. itu semua anak murid ustaz.. bagus mereka..adakah aku akan jadi sperti mereka juga nanti.. pandai menghormati "tokguru". insyaallah, mudah2an. kemudian terus menuju ke kantin. ndway ternampak S/u MPMUM, abg hawari zakaria. die ni baru selesai jd Pengarah FESKUM 2011.die sdg sibuk buat kerja kowt, sempat sembang2 dgn die kejap jela..terus ke kantin. jumpa dgn fakhrul islam mantan bendahari MPP 2010/2011 dan muzammil hatta s/u jtk 2010/2011. masuk kantin abg khorizul suruh aku n pian makn jugak, makn la. ustaz belanja alhamdulillah. duduk, sebelah meja kami, abg hamzah tgh makan dgn abg amin mulia(feelhoney), alhamdulillah, die masih kenal sama aku. hehe*seleng sabah*.makan sambil sembang dgn abg khorizul, katanya kami duduk nilam puri 3 tahun tak puas. abg ni dr sarawak, dulu mereka dok nilam puri 3tahun sebab intensif B.Arab. banyak lagi la yang die sembang..jam pukul 1.30, minta dri dulu bgth ust n abg2 tu, nak gi solat kt surau Api, n balik kk12 siapkan diri.sebelum solat terserempak dgn abg shahrul nizam,mantan ydp mpp 2010/2011..selesai solat jumpa, dgn pensyarah API, org luar*bukan malaysian la*. tanya dlm bahasa arab..maksudnya. apa khabar? belajar disini? aku pun jawabnya dgn baik. alhamdulillah.. kemudian lepas solat jumpa dgn abg hawari.. sembang panjang sikit sgn die.. setle semua terus balik kk12. balik dok rehat jap n terus siap diri untuk event petang ni..

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan JTK

sampai di pintu masuk Kompleks Perdana Siswa UM, ada 2 org penyambut tetamu, nampak kami berdua memakai jaket Kolej Kediaman Nilam Puri, tanynnya kpd kami, dari nilam puri yerk?  kami menganggukkan kepala tanda ya.masuk dalam dewan, siap tunjuk tempat duduk lagitu.. tempat dudukku, kanan dewan tepi sekali.tertulis di kerusi "presiden Kolej Nilam Puri". terharunya. xpernah sebelum ini..satu penghormatan diberikan kpd Kolej kediaman nilam puri, diminta untuk membacakan doa dalam majlis tersebut.. bagi aku ini satu penghormatan.. majlis bermula jam 3.15 petang, dengan ketibaan TNC HEP Datuk Rohana Yusof. kemudian m/c menjemput namaku untuk membacakan doa,teks disediakan. syukur alhamdulillah, dpt laksanakn dgn baik. disusuli dgn ucapan oleh datuk TNC HEP. aturcara selepasnya adalah penyampaian watikah perlantikan. setiap presiden kolej naik pentas ambil watikah perlantikan.aku naik yang terakhir sekali. atas pentas,datuk rohana tanya, jauh datang yerk dari nilam puri.?"aku tersenyum..

                              menerima watikah perlantikan daripada Datuk Rohana Yusof TNC HEP

Selepas acara ini. diakan sesi dialog bersama TNC Hep. berbagi2 soalan diajukan oleh hadirin yang datang,kebanyakan soaln tntang HEP dan Kolej kediamn,paling hot pasal perkhidmatan bas.. aku tidak sia-siakan peluang ini. dengan yakin aku berdiri dan terus menuju ke microphone.ucap terima kasih kpd tnchep sudi jemput walaupun jauh nun di kelantan., kemudian aku ajukan masalah.. mengajukan tentang kurangnya prasarana sukan di KKNP. sebagai wakil kolej, memberi cadangan agar menyediakan 
1. court badminton khas dalam kolej.
2. menyediakan kayak kerana terdapat sungai di belakang kolej.
3.menyediakan prasarana sukan yang lain seperti court tenis dan lain2.

alhamdulilah mendapat respon yang baik drpd warga dewan dan juga tnchep. syukur xsia-sia ajukan soalan.. datuk minta ust hazrul untuk buat kertas kerja awal tahun depan..satu lagi, datuk juga cadangkan untuk tambahan court futsal.insyaallah. kita cuba usahakan sama2. jika xdapat tahun kita, dapat tahun adik2 nanti pun bersyukur jugak..

selepas sesi dialog, adakan sesi pengmbaran bersama pengetua masing2, aku berdiri dibelakang pengetuaku ayahanda ustaz hazrul. kemudian nyayian lagu UM dan event ditangguhkan. selepas majlis diadakan sesi fotografi jtk mengikut kolej kediaman masing2, alhamdulilah, kolej kami pun ada juga. walaupun kami datang berdua. kami bergambar dengan wakil staf hep. Habis semua, ada jamuan, makan kuih lompang n karipap. ustaz col suruh datang bawah, bilik jamuan,pergila sgan jugak. sampai kt bilik akak2 jemput bagi suruh makan. kami pun makanla sambil sembang2..ustz hazrul tgh sembang dgn pengetua kolej lain.. akak tu boleh tanya, flight balik pukul berapa,? aku gelak dalam je la. aku naik flight. ahah. aku cakapla, xbli tiket bas lagi. makan2 n sembang2 kemudian pg pejabat am hep ambil surat, akak yg time makan td suruh ambil surat. kemudian jam 5.30 malam balik la ke KK12, zarin nak guna motosikal semula...


                                      bergambar bersama pengetua kolej kediaman masing-masing
                                                        kanan sekali: duduk;ustaz hazrul, berdiri; khairol najib
                           


                                                  gambar bersama sahabat sufian dan wakil HEP 

Alhamdulilah selesai sudah majlis penyampaian watikah perlantikan JTK kolej-kolej kediaman Universiti Malaya 2011//2012. datang ke Um ni itulah tujuan nya.. 1st time masuk UM, nampakla view. n tahula selok belok jalan dalam UM ni sikit. alhamdulilah. aku mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sahabat yang banyak membantu sepanjang aku n pian berada di UM ni. terima kasih kpd abg syakirin sudi ambil kami naik moto, abg muzamil n abg shahrir sudi tumpangkan bilik, dan juga kpd sahabt2 apids yang layan kami dgn baik. dan kepada semua abg2 n akak2 yang mengenali diri kami. t.ksh juga kpd TNC HEP sudi jemput kami,Ustaz hazrul, pihak KKNP dan semua sekali. Kpd semua pimpinan JTK KKNP dan MPP APIUM NP, lepas ni sama2 kita upgratekan mutukerja kita dan kita sama2 buat penambahbaikan demi memperkenalkan nilam puri di mata masyarakat.. insyaallah. terima kasih.

nurkilan,
Khairol Najib Hashim
Kolej Kediaman ke-12,
Universiti Malaya.
20 okt 2011

Monday, October 17, 2011

PUISI BUAT AYAH IBU

Ayah ibu,
hari demi hari kau lalui,
liku-liku kehidupan suka & duka bersama-sama anak-anak dan keluarga,
anak-anak sebagai pengubat kasih sayang,
keluarga sebagai bahtera kehidupan.

Ayah ibu,
engkau ibarat lilin yang sedang menyala apinya,
melahir,membimbing,mengasuh dan mendidik,
sejak dari dalam kandungan hingga ke liang lahad,
nasihat doamu berkekalan tidak pernah putus-putus,
tanda kasih dan sayang yang berkekalan.

Ayah ibu,
setiap hari ayah keluar mencari nafkah,
untuk menampung segala tugas dan tanggungjawab,
memastikan anak-anaknya dapat makan,dapat belajar,dapat tempat tidur,
ibu pula tugas mendidik anak,
memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik dan tersusun.

Ayah ibu,
engkau bagai menatang minyak yang penuh,
dalam mendidik anak-anak,
tak kenal erti penat lelah,
tiada istilah jemu, tiada istilah keluh kesah,
itu semua pengorbanan ayah ibu untuk membesarkan anak-anaknya,
hanya semata-mata ingin anak-anaknya menjadi insan berguna.

Ayah ibu,
tinggi menggunung harapan ayah ibu semua,
untuk melihat anak-anakmu berjaya dunia akhirat,
mendapat keberkatan Illahi, dibawah lembayu rahmatNya.

Ayah ibu,
sekarang memang pahit laluinya,
insyaallah kemanisan akan terhasil selepasnya,
besar penorbanan ayah ibu semua,
hanya mengharapkan keredhaan Illahi,
indahnya tarbiyah Allah.

Ayah ibu,
kehadiranmu membawa 1001 makna,
senyumanmu menambat hati anak-anakmu,
jagaanmu membuat anak-anakmu terharu,
tawamu menggembirakan anak-anakmu.

Ayah ibu,
iringan doa anakanda kirimkan untuk ayah ibu semua,
salam mujahadah ayah,
salam mujahadah ibu,
salam perjuangan ayah ibu,
Allah bersama mu ayah ibu,
insyaallah.

                           *persembahan pentas ketika malam kesenian islam BAKSIS di dewan MRSM Tumpat*

nurkilan,
khairol najib
kampung tujuh,tumpat,kelantan.
15 Oktober 2011

Sunday, October 16, 2011

Kenangan Bakti Siswa *MESRA 11* Di Kampung Tujuh,Tumpat, Kelantan

assalamualaikum wbt,
sudah lama  tidak mengupdate blog ini atas sebab2 tertentu.. sekarang nak update pulak.. nak kongsi satu penglaman terbaru....

14-16 oktober 2011, exco penerangan dan perhubungan luar MPP dengan kerjasama JTK apium NP, telah menganjurkan statu program anak angkat Bakti sisiwa. nama baksis tahun ni adalah MESRA BERSAMA MASYRAKAT(MESRA 11). alhamdulilah semalam jam 6ptg menutup tirai program yang berlangsung 3hari 2malam di kampung tujuh,tumpat.. 14hb jumaat jam 8.45pagi, perjalan bertolak ke lokasi,, menggunakan 2buah bas, bas um dan bas city liner, dengan 3buah kereta dan 3buah motosikal. jumlah peserta 74 orang, 34 muslimin dan 40 muslimat..perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam, aku menaiki motosikal bersma rakanku sufian,salam dan faris.. kami sampai lebih awal dalam area 9.20 dh sampai... pukul 10.00 pagi majlis perasmian dimulakan.. terbaik.. pengerusi majlis ada 3org, amir yazid(BM), Shauqi(ARAB), Atikah aziz(BI). beri satu attraction yg baik kpd penduduk kampung.. selepastu, bacaan quran oleh syafiq, ucapan drpd bos kita aqiel, ucapan drpd ayahanda ust hazrul dan seterusnya ucapan perasmian drpd Penolong ketua jajahan tumpat Tuan Nik fahmi.  selepas iti, penyerahan keluarga angkat... xsabar2 menunngu.. dimulakn dengan keluarga lelaki.. tunggu2, nama aku akhir sekali, aku dapat satu rumah dengan lutfi.. alhamdulilah dapat keluarga angkat abah nama nasir bin che muda,53. umi nama norma,40. dah habis semua penyerahan ada jamuan,, kemudian balik umah family angkat...dalam area jam 12 tgh harilah.. dok umah family angkat sembang2 taaruf dengan abah,, waktu penyampaian umi je datang sorang, abah xsihat, kaki terpijak paku.. sembang2, family besar jugak.. ada 7 beradik.. yg 1st umur 21,kt uitm s.alam. 2nd.18. 3rd,15, 4th,12, 5th,8. 6th,3 dan yg last 1tahun 3bulan. pergi program ini dalam keadaan tak sihat, suara xde, badan panas, dan selesema.. tapi kuatkan semangatla.. insyaallah. sembang2, pastu siap pergi solat jumaat kt majsid 7.. habis selesai jumaat ada YB Parlimen tumpat datang, solay jumaat sekali.. YB Datuk Kamarudin Jaafar, die serahkan sumbangan kpd pihak kami.. bos kami yang ambilla.. alhamdulilah dapat jugak sumbangn, bolehla tampung untuk program..pastu dengar sikit ucpan dr die.. sepatutnya yang ambil sumbangan itu, ust akhbar.. tp ust sampai lambat sebab tersalah jalan,,,ust sampai lepas habis bg ucapam... kemudian, semua nak pakat tangkap gambar eknangan dgn YB. biasala yb turun padang. bagus yb ini.. setiap inggu pusing pergi setiap masjid dalam parlimen. rezeki kami, kami prohram kt sini, turn die solat jumaat kt sisni... dah habis semua, balik umah.. petang ni aktiviti bersam keluarga.. so, sembang apa yang patutla... sampai la asar...lepas asar... pergi jalan2 pergi pantai. sampai pantai.. fuh.. ramainya orang... rakan2 lain semua ada bersma family masing2.. paling menarik nampak 2org sahabt ni, dengan mak angkat mereka... fuhh mesra ... terbaik *h*** dengan ***z.. cube teka??? aku dan lutfi pun pergi jumpa rakan lain kt pantai,, rakan lain ada yg tgh men bola, ada yg tengah mandi.. aku cuba jugak, sebab suara tak de.. dok pantai nak cari ilham untuk buat sajak, nak wat show time malam MKI nanti..dalam area 6.30 , balikla rumah.. siap2untuk pergi masjid.. hbs solat maghrib,imamnya ust mahyuddin... terbaik.. kuliah magrib juga dgn ust din.. lepas isyak da program pertama... forum bertajuk "selami hati membimbing diri"ahli panel ust fatah dan ust sahizol.. terbaik. isinya.. ditambah pula dengan ahli panel ke3, sepatutnya moderator tapi dh macam ahli panel... heheh, shuib  shukor,, my roomate... habis dlm area jam jam 10.35.. lepas habis tu ada cerita ingin ku kongsikan..  dari mula forum, sampai la habis forum, aku tgk seorang pakcik tua ini,, berjanggut putih panjang, bernaju pagoda.. fokus kepada forum.. ust tu buat lawak die muka ketat jer. xsenyum dan xgelak. jenoh ust fatah buat lawak.. aku memandang kearahnye aje... selepas habis forum, aku jumpala dgn pakcik2 kt situ salam semua. last sekali jumpa dengan pakcik tua itu, duduk, semabng, soalan pertamaku.. "pakcik ada ambil anak angkat ke??? lama die pandang muka aku sambil tangan nye menyalam aku xlepas2.. lama aku pun duduk.. statla cerita... banyak die cerita. luahan perasaan. die xdiberi peluang untuk mengambil anak angkat.. die xtahu cerita.. die tahu2 semua org ambil anak angkat, tapi die tak ambil.. 4 5 kali die ulang, mintak aku tidur umah die malam tue.. aku jadi serba salah,, aku dh ada family angkat, pakck tu nak jugak aku tidur umah die, jenoh aku pikir, lama kelamaan. aku hanya dapat menjawap, insyaallah. selepastu. aku pergi jumpa lutfi, sahanat satu family angkatku berbncang.. bincang2. aku pun ckp kt pakcik tu,, apkcik tunggu kejap, saya balik rumah jap, dalm 11.15 nanti saya datang. sampai rumah, terus jumpa dengan abah dan umi. ceritakan lah semua perkara ini. alhamdulialh, mujurlah family ni sporting dan faham dengan pakcik itu.. abah kata, pergi je. ambil hati die.. nanti die merajuk lagi susah, die sakit, begitula abah cakap.. mujorlah dpt family sporting. malam pertama tak tido umah family angkat.. aku pun makan la, sebab umi dh siapkan makanan. makan dgn abah, lutfi, umi dan adik2. jam 11.15 safwan mesej.. berbunyi."jib,ayah angkat ko tunggu kt masjid".. haha. lepas hbs makan aku pun pergi la ke masjid.. jumpa dgn pakcik tue, kemudian balik umah die.. sampai umah, parking moto kt dapur. pastu naik rumah die.. cuak jugak la. xkenal,tapi aku yakin Allah sedang uji aku.. melalui pakcik itu.. naik atas rumah, isteri die yang bukak pintu.. n jemput naik.. aku pun smbangla dgn die.. sembang semua.. dari a sampai z.. luahan hati seorang pakcik.. aku mendengarnya dengan baik... aku dapat col dr zulhilmi bgth pasal pakcik tu sekian.sekian. aku cakap ok... zul dpt maklumat drpd tok penghulu... pakcik xdapat anak angkat sebab die uzur, tok peghulu xnak bebankan die, sebab die sakit keuzuran.. lepastu aku pun mnceritakn la pada pakcik tu.."bukan tok penghulu xnak bagi pakcik anak angkat, tok penghulu sian kt pakcik, sebab pakcik sakit, nanti bila dapat anak angkat makin tambah pulak beban.. die mendengar penjelasan aku dgn teliti..alhamdulilah.. akhirnya, die terima penerangan aku dgn baik... mulutnya, xhabis2 berdoa dan ucap syukur kpd Allah.. bagus pakcik ni... jam pun dh kt 12 lebih, badan pun xsihat, sembang ngan pakciktu suara pun xdengar.. mata pun dh nak ngantok.. siapkan diri sebelum tidur,, bacala quran sbelum tidur.. tiba2, pakcik tu datang dom sebelah baca quran juga... die cakap... sblum tidur pakcik akan cuba untuk baca, surah  sajadah,dukhan,jumaah dan al-mulk.. hebat pakcik ni. hari2 katanya. sebelum tidur..malu aku.. katanya,, hari2 baca yasin, dan banyak lagi. selepas habis baca quran, die bukak kitab. katanya sebelum tidur baca surah ikhlas 3kali, pahalanya sama seperti khatam satu alquran.. banyak lagi nasihatnya.. hari jumaat baca surah kahfi, dan banyak lagi.. terhatu aku. ada hikmah sebab apa Allah pilih aku untuk tidur umah pakcik itu.. sebelum tidur, die tanya biasa buat tahajud ke? aku  jawab, jika bangun awal insyaallah,. die kata esok pagi kita tahajud yerk.. malu betul aku... jauh beza dgn pakcik ini.. banyak nasihatnya dan katanya.. waktu nak tidur.. mulutnya. kumat-kamit mebaca zikir dan lain2 memuji Allah. waktu menunjukkan jam 1.30. banyak lagi.. selepas itu... aku pun tertidur..

15 okt 2011
 jam 4.45 pagi, pakcik tue menggerakku. bangun najib.. aku cakap kejap lagi, ambil masa sikit, xboleh bangun terkejut takut sakit kepala, jam 5.10 bangun kemudian pergi mandi..siap aje mandi.. terharunya aku... sejadah terbentang.. kain serban diatasnya dan tasbih juga diatasnya.. pakcik tua itu sediakan untuk aku bertahajud... syukur kpd Allah... alhamdulilah, pagi ni. suara aku kembali bersuara, tidak seperti semalam.. ada hikmah.. suarapun dh ada semula. kemudian, azan subuh drpd masjid 7 berkumandang, die ajak aku ke masjid,, aku bawanya menaiki motosikal..menuju ke masjid. hantar pakcik tu, kemudian pergi ambil lutfi kt umah abah sebab lutfi xde kenderaan. selepas solat subuh ada kuliah subuh yg disampaikan oleh shauqi.. habis semua, hantar pakcik tu pulang kerumah. kemudian minta izin untuk balik kerumah family angkat. alhamdulilah dia izinkan.. kemudian semual kemasjid nak ambil lutfi n nk trus balik rumah.. pakcik dtg semula ke masjid. die kata.."makcik dh sediakan nasi, mari semula kerumah. demi tidak menghampakan jemputannya, aku n lutfi pun pergi semula kerumahnya.. na makan la nasi yg disediakan. alhamdulilah, rezeki..dlm area 15 mint. kemudian minta izin untuk pulang.. aku pun terus pulang..ke rumah dgn lutfi.. syukur alhamdulilah.. xkenal lama mana, pakciktu macam menatang aku, terharu betulll, banyak lagi cerita. itu peribadila.. sampai rumah, umi kata mari makan, makannan dh siap ni...  dengan perut kenyangnye.. kami pun cakapla.. okokokok... sikit lagi.. nak bagi nasi td turun dulu. kami pun bagaila, siapkan diri dan lain2 lepastu pergila makan.. nanti xmakan apa pulak umi cakap.. pagi ini ada ceramah kekeluargaan dismpaikan oleh ust hazrul..pada masa sama juga, ada kematian di kampung itu,, alfatihah-.  selepas ceramah ikut tentatf adalah rewang(gotong royog masak) masak laksa dan juga bersihkan kubur.. tetapi kami terpaksa batalkan aktiviti bersih kubur untuk beri laluan untuk pengurusan jenazah.. habis je ceramah, tok penghulu col.. katanya, xpayah dtg ruamh simati untuk solat jenazah,, nanti ondway nak ke kubur kami singgahkan jenazah di masjid untuk student UM solatkan... alhamdulilah,, satu penghormatan diberi kepada kami. untuk kami. kami tunggu jenazah di masjid. n kemudian solat jenazah, ust din imamkan... habis semua.. student Um yang usung jenazah ke kubur,, satu khidmat bakti.. smpai di kubur, student um jugak yang bantu untuk tutup semuala pasir ke dalam kubur, sampai sudah.. bersam2 org kg,  habis tutup kubur, bacaan tahlil dan talkin... dlm area 11.15 selesai semua, kami semua pergi ke masjid rehat.. pada masa sama muslimat dgn makcik2 kg sedang sedeiakan masakan untuk makan laksa...kami rehat dlm masjd,, ust akbar,ust din, ustzh wan pun ada sama..jam 11.45, ust din,ust akbar, tok ngulu, nabil,khair,ehwan,pian,lutfi dan aku, pergi kerumah pakcik ayng meninggal itu untuk berjumpa dgn keluarganya mengucapkan takziah dan serahkan sedikit sumbang drpd pihak UMNP.. syukur alhamdulilah. disambut baik drpd family arwah.. kemudian semula ke masjid rehat.. aku pun siapkanla sajak ku yg xsiap2, untuk persembahan malam ni.. tgh2 siapkan sajak tertidur.. smp sebelum zohor. lepas zohor jamuan laksa, ramai org kg yang dtg. sambutan amat baik..aktiviti petang ni adalah sukanekan, jam 3.30 start sukaneka. pelbagai acra, rebut kerusi, tiupbelon, boling kelapa dan banyak lagi. dijalankan di perkarangan masjid.. lepastu solat asar, kemudian muslimat sambung sukaneka. kami muslimin ada bola sepak kain pelekat di padang MRSM Tumpat..sampai kt padang ramai ayah2 angkat yang datng.. berkain pelekat aje.. ade yang pakai seluar kt dalam.. ad jugak yg hanya pakai kain pelekat aje.. pada masa sama, aku cuba untuk menyiapakn baki sajakku yang xhabis. alhamdulilah. setlepun sajak aku, aduyyy. ayah2 ni.. sempoi betull, sebelum main ada taklimat, ada sesi gambar.. ayah2 angkat lawan um.. semua pakai kain pelekat, mesti kene  bawah lutut, main 10minit sebelah, pemain 11 sebelah.hebat ayah2 kita ni, nampak tua tapi tenaga Claasss,, main2 macam2 ragam dan gelagat. ada pakcik tu siap jampi kt tiang gol kami, saje gurau2.. ada jugak bawa kad kuning sendiri.. duyyy macam2 ragam.. main sungguh2 pacik ni. main2, mereka menang 3-1. malu kami. hebat depa. sungguh2 main..game hbs dlm area jam 6.30. selepas tu akan lutfi n nabil terus pergi beli barang untuk prohgram ziarah, pergi beli beras telur n lain2. cari2 akhitnya, pergi pasaraya BILAL kt tumpat, rupanya kt tumpat ada jugak, ingat kt kubang kerian aje.. xramai yg tahu. rupanya baru je bukak dalam area 2minggu. patutla..balik rumah sampai 8.30 malam. mula la kalut. sebab malm kesenian islam start jam 9.15.. siap semua, 9.15 baru tolak dr rumah, bawa semua family angkat adik-beradik.. sampai kt dewan mrsm, kawan2 col. jib ada mana? lepas ni kopunye turn.. dh lambat.. ady.. alhamdulilah. sampai je.. mc panggil team nasyid dulu wat persembahan.. aku termengah-mengah.. kepenatan.. mc pulak suib mujorla, berbunga2...adala masa tenang.. dlu.. jam 9.30 malam, suib jemput aku naik pentas untuk buat persembahan sajak.. aku pun sampaikan sajakku yang bertajuk"sajak buat ayah,ibu." aku ambil masa dlm 7minit jugak untuk bersajak... dewan senyap seketika.. suis lampu ditutup.. diiringi iringan muzik tntg ayah ibu, dlm keadaan sayu.. aku tak tahu.. aku cuba mengawal keadaan ku supaya tak sebak.. aku kalu sebak xboleh wat apa dah.. alhamdulilah. aku dpt kawal perasaan. supaya xmengalir airmata n sebak kt ats pentas. dapat sampaikan sajak dengan suara serak2 basah.... xtahu apa keadaan pd ayah2 dan ibu2. takut jugak aku. mereka sebak...nanti aku postkan teks sajakku yang ku dapat nurkilkan di kampung 7,tumpat. selepas persembahan aku, ditambah lagi sebuah persembahan pentomen betajuk"tanggang moden" walaupun dibuat dlm keadaan lawak jenaka, tetapi pengisiannya bermakna... ada aku nampak pakcik yg pegang mata kesat air mata, selepas sajak tntg ayah ibu ditambah dgn pentomen tentang penderhakaan seorang anak.. alhamdulilah, mesej kami sampai pada malam kesenian ini. ramai yang hdir boleh kata semua ayah dan ibu angkat hadir bersam keluarga dan juga student2 MRSM juga memenuhkan dewan... disampaikan juga pada malam itu  hadiah perlawanan bola sepak dan cabutan bertuah. MKI habs dlm area 10.30. jam 11 aku balik ke rumah.. sampai rumah.. sembang2 dgn family n kemudian tidur...

16 okt 2011

pagi ni kuliah subuh oleh nabil.ydp mpp. selepas kuliah kami g kubur baca al-quran khatam 30juzuk untuk arwah ayah yang meninggal semalam. kemudian aktivti bersama keluarga angkat, ada yg ikut family ke pasar berniaga, ada yg ke laut ,menjala, ada yang ke bendang dll. jam 10 kami kumpil di majsid untuk program ziarah"Allah Sentiasa Bersamamu".. sampai di masjid kereta akak sinar harian dh sampai. ust zamri pun ada sama.. alhamdulilah. sesi temuramah akak sinar dgn pengarah dan ydp mpp. pastu, sesi gambar.
                                        bergambar sebelum memulakan ziarah 'Allah Sentiasa Bersamamu"

Kamipun mulakan ziarah rumah makcik yang sedang sakit. ibu tunggal umur dh lebih 80, sakit tak boleh bangun hanya duduk.. ust zamri serahkan sumbangan dan barang keperluan dapur yang disediakan oleh pihak penganjur. (*pagi td dpt mesej dr tok penghulu rushdi mengatakan nenek itu meninggal dunia jam 12.15 mlm td) al-fatihah.... kemudian, pergi rumah makcik sorang lagi.. sakit kaki, berjalan hanya guna tongkat.. ibu tunggal juga. sama juga ust serahkan sumbangan. ust juga baca doa.. dari masjid ke rumah2 itu kami jalan kaki. nampak seronok wei.. sambil bawa banner program. dh macam nak g demo jer.... heheh. kemudian, pergi pula kerumah sorang pakcik tua, yang stroke sebelah badan, tapi masih boleh berjalan.. anak ramai.. 4 masih bersekolah... 1org je yg baru kahwin... tapi aku kagum dengan ayah ini.. walaupun stroke, solat jemaah kt madrasah(surau) .. hebat ayah ini.. aku xtaw, adakan aku mampu pabila jadi sepertinya nanti... rumah ayah ini rumah yang terkhir... akak sinar pun soal macam2, habis semua ust zamri pun serah sumbangan juga sbg wakil pihak penganjur.. ust zamri dh macam YB.. baju kemeja,taght in, pakai jaket naik avanza.sebijik macam YB turun kampung.. hehe. selepastu. kami pulang ke rumah, ada yang ke pantai dll. aku,lutfi,fitri dan khair cadang nak pergi ziarah ayah angkat fitri n khair masuk wad, sebelum pergi dpt tahu yg ayahnya belum masuk wad, baru dibilik kecemasan.. kerana darah tinggi terlampau tinggi. kesian ayah mereka. lupa semua.. sama kita doakn ,mereka.. alhamdulilah. kesempatan, kami disana, ayah fitri n khair tu imam madrsaah itu, jadi fitri la yang ganti jadi imam, nabil juga ada jadi imam kt situ.. harap2 lepas kami balik ni, ada pengganti kpd ayah itu untuk jd imam. kami tukar plan.. pergi BILAL tumpat, daus,ehwan,fit,khair,lutfi n aku. mereka semua nak pergi beli hadiah untuk keluarga angkat msg2,pergi bilal belila sakan... balik semula jam 1.15 sampai kt umah fitri, madrasah dh ada imam. nabil yang imam, alhamdulialh.. pastu aku n lutfi balik umah, rehat, siap2 n makan..bgth umi, ptg ni jam 3.15 majlis penutup, ajak abah,umi n semua pergi masjid ada majlis penutup..
pergi masjid. majlis start jam 3.30 ptg. ust din, ust akbar, n ust hazrul datang.. aqiel buat ucapan, kemudian tok imam buat ucapan, antara isinya.." saya minta maap kerana sangkaan saya salah, saya ingat pelajar2 ini sama seperti pelajar u yang datng wat program anak angkat sebelum ini kt sisni., berbeza sungguh. ulang kali die minta maap. kerana sangkaan die salah.. die terharu dgn apa yang kami buat..katanya jemput dtg lagi,, " alhamdulilah kami dpt menggembirakan tok imam. n berjaya membuang tanggapan buruk.. seronok kami.. kemudian ucapan ust hazrul..macam2 ust sampaikan..biasala ust hazrul xsah kalu berucap xde nasihat untuk anak2nya.. majlis tangguh seketika jam 4 hormati waktu asar. azan oleh ikhwan dan ust hazrul imam.. selepas asar sambung majlis penutup.. tayangan video yang disediakan oleh firdaus ismail... terharu tgk gambar2 dlm video tu, gelak ketawa ayah2 dan ibu2 disitu. selepas video penyampaian cenderahati kepada semua keluarga angkat... habis semua ada jamuan.. pada masa sama semua tangkap gambar dgn keluarga angkat masing2.. air mata ada yang mengalir. ada yang suruh jgn balik, ada yg ckp tambah satu hari lagi. dll. org kampung gembira dgn kedatagan kami. alhamdulilah...luahan hati bilal masjid,, "ayah seronok dgn anak2 semua, muda2 ni belajar sungguh2, anak muda boleh jadi imam, boleh bg tazkirah, boleh buat program kerohanian dll" ayah gembira. katanya"" alhamdulillah, kemudian aku nampak pakcik yang ajak aku tidur dirumahnya datang. aku menuju kearahnya. sembang2.. macam2 luahan hatinya,, terharu aku dibuatnya..aku berdoa agar Allah beri kesihatan yang baik untuknya.. kasih sayangnya moga dibalas diakhirat nanti,, insyaallah.. bergambar dengan pakcik itu dan juga dengan bilal masjid. kedua2 menggelarkan diri mereka kepadaku "ayah".. alhamdulillah. banyak ayah angkat dapat.. lepastu jam 5.45ptg kelihatan bas UM poknik datang dan juga bas cityliner merah.. semua peserta salam cium bersama family masing2, kemudian muslimat naik bas um, muslimin naik bas cityliner..lambaian terakhir drpd ayah dan ibu melambai kami dari bawah.. kami semua turut melambai balas... alhamdulilah,, pemergian kami moga2 mendatangkan 1001 makna buat ayah ibu semua... aku pulang menaiki motosikalku bersama sufian. bas bertolak balik aku n bebrapa rakan cek apa yg patut. kemas apa yg patut. kemudian turutserta salam dgn ayah yang ada kt masjid kemudian pulang kerumah untuk ambil barang dengan lutfi. sufian ikut kami..sampai rumah. loading beg dlm kereta nabil, rumah nabil sebelah kanan rumah kami, rumah khair n fitri sebelah kiri rumah kami. habis semua, sembang ngan abah n umi. salam2, ambil fon semua.. sebak pun ada pabila nak berpisah buat seketika.. insyaallah ada masa razeki kita jumpa lagi.. aku n pian naik motosikal msg2, lutfi teman nabil naik kereta.. jam 6.45 ptg kami bertolak balik...lambaian terakhir abah, umi dan adik2.. insyaallah.ukhwah fillah abadan abada.
terima kasih tok imam, tok penghulu, ayah ibu dan semua warga kampung tujuh,tumpat yang beri kerjasama sepanjang program ini berlangsung. tahniah dan syabas.. insyaallah kami akan datang lagi untuk buat program susulan pada masa akan datang.. insyaallah. terima kasih ayah ibu. semuaa... 
selamat tinggal kampung tujuh, tumpat, kelantan darul naim. kami akan datang semula, insyaallah.. wasalam.
                                        *inilah pakcik yang aku maksudkan itu Abdul Mutalib bin Abdullah*



nurkilan,
khairol najib
kg tujuh,tumpat.
17 okt 2011


Sunday, July 31, 2011

PESANAN ABANG BUAT ADIK


Adikku,

Hari demi hari kau lalui,
bersama rakan dan guru
Mereka sebagai pengubat rindu,
Ayah ibu serta adik-beradik di kampong halaman.

Disini abang ingin coretkan sebuah ingatan dan pesanan
Untuk adik2 abang yang sedang dalam proses tarbiyah.

Sedarlah adikku,
Ayah dan ibu di kampung halaman
harapkan sebuah kejayaaan dari adik2,
disamping inginkan adik2 menjadi insan.

Ketahuilah, ayah ibu kita amanahkan
Kepada guru2 ini
Memberikan pendidikan akademik dan sahsiah,
Untuk kita menjadi insan.,
Guru2 ini
Tiada istilah letih dalam diri mereka
Sekarang,mereka bekerja tidak lagi 5hari seminggu,
Tidak lagi 8jam sehari
Tetapi,
Kini mereka habiskan 7hari semingu ,
24jam sehari Bersama  adik2
Besar pengorbanan mereka..

Ayuh adik2,
Kita bangkit daripada kelekaan,
Masa tidak menunggu kita,
Peluang dan jalan terbentang di depan mata
Pelbagai kemudahan kondusif disediakan
Murojoah munazamah,911 antara barnamijnya
Penuh dgn manhaj yg bermanfaat
Tidak hanya mengejar duniawi tetapi seiring dgn pengisian ukhrawi

Beruntung adik2,
Mempunyai guru2 yg sedia berkhidmat
Tidak kira siang ataupun malam
Pagi ataupun petang, kerja ataupun cuti,
Besar pengorbanan mereka
Tinggi menggunung harapan mereka
Hanya inginkan sebuah kejayaan dr adik2 tercipta.

Adikku,
Rebutlah peluang ini,carilah keberkatan ramadhan ini,
Bangunlah awalpagi,hampiri tahajuddmu kpd sang pencipta,
Basahi lidahmu dengan kalam suci al-qurannya
Kerapkan dhuhamu sebagai pembuka pintu rezeki
Serahkan dirimu, hanya kepadanya kita mohon pertolongan

Adikku,
Itu sahaja yang abang dapat coretkan
Ini semua hasil rentetan ziarah abang
ke Bumi tarbiyah SMKA SLIM RIVER pada 27/7/2011,
Ayah ibu bercerita perkara yang sama,
Ada yang tunjukkan jadual waktu melintang
Bermakna 7hari bekerja,
Maghrib,isyakmu dibimbang dan dipantau
Yasinmu, ayah ibu bersamamu.
Belajarmu  dimulai dengan zikrullah penawar hati
Diakhiri dengan kafaratul majlis,
Ya allah indahnya apa yang adik-adik ku dapat ini
Beruntung mereka.
Adikku,kembalikan sejarah SPM 1998.

Adikku,
Iringan doa abang kirimkan
Untuk adik2 semua,
Juga untuk ayah ibu ,
Sekarang pahit kita laluinya
Tetapi ingatlah akan kecapi kemanisan selepasnya.
Indahnya tarbiyah Allah..
Salam mujahadah adik-adikku,
Salam perjuanagn ayah ibu!!
Allah bersama kita, Insya-Allah..


Nurkilan,
Khairol Najib Hashim
Akademi Pengajian Islam
University Malaya Nilam Puri,Kelantan
28 julai 2011..




Monday, July 11, 2011

DERHAKA: ADAKAH ANAK ATAU IBU BAPA

"Seringkali kita mendengar yang zaman sekarang anak-anak makin ramai yang derhaka kepada ibubapa. Disebalik fenomena yang berlaku ini adakah kita (Ibubapa) mengkaji dan merenung sejenak kenapa anak-anak pada hari ini semakin nakal,jahat dan menderhakai kepada ibubapa mereka? Jika ibubapa mendidik anak-anak dengan betul mengikut gaya hidup islam perkara sebegini dapat dikurangkan. Apabila anak derhaka kepada ibubapa kita bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan betul? Didikan agama yang cukup? Apa kata kita lihat dahulu kisah di bawah :
Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.  Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.  Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”  Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri. "

Friday, June 17, 2011

HARI INI SANGAT BERMAKNA BUAT DIRIKU

Assalamualaikum buat kepada semua pembaca, hari ini ingin berkongsi cerita dan pengalaman yang sungguh bermakna buat diriku... pg tadi, hari jumaat,, seperti rutin-rutin mingguan ku pabila berada di negeri serambi mekah...aku dan sahabtku Aqiel pergi ke medan ilmu untuk mendengar pengisian..aku sampai agak lewat harini,, pabila sampai ustaz tn.ibrahim bin tn.man sedang memberi ceramahnya....antaranya petikan yang masih aku ingat adalah.jika diri ingin menjaga amalan2 wajib, maka jagalah amalan2 sunatmu...jika diri ingin terlindung daripada melakukan perkara2 haram, jangan melazimkan diri untuk melakukan perkara2 yang makruh....... walaupun ringkas petikannya tetapi ia sunggah bermakna buat diriku...lepas ustaz tuan ibrahim b. tuan man..pengisian daripada tok guru... sewaktu tok guru sampai, terkejut ku melihatnya,,, berjalan laju segak nampak sihat dan berjalan xmenggunakan tongkat... kelihatan sihat tokguru...seperti org duduk sebelahku di medan ilmu td,, memang nampak sihat,,, hidup berkat katanya..selepas ceramah daripada tokguru... dewan pemuda pas kelantan mengadakan bantahan terhadap utusan malaysia.... mereka membantah kartun yg tersiar didalam utusan yang mana seperti seolah-olah menghina ISLAM.kata ketua pemuda itu td... selepas itu aku dan aqiel pergi sarapan pagi...jam 11.00 pagi aku dan aqiel pergi melaksanakn tugas untuk mengedar poster HTUM ke masjid2. kami pergi ke masjid telipot... kemudian kami menampal di bus stop2. kami pergi pergi ke rumah tok imam tua masjid mukim mulong,memberi poster..agar tok imam membuat pengumuman di masjid pd solat jumaat minggu ini dan minggu depan..kemudian,, kami ke masjid batu 8,, disana jumpa dengan tok siaknya,, alhamdulilah bg kerjasama dgn baik,.. selepas itu kami ke masjid kg kor..  jumpa dengan tom imam,, Ya Allah ,, bagusnya tok imam ni.. dengan percaya nye.. die bagi kunci papan kenyataan pada kami untuk kami buka papan kenyataan itu..baru kenal seminit,, dah percaya bg kunci..selepas itu kami ke masjid Mukim Kadok.. disini ceritanya yang paling menarik..sampai disana,, kami jumpa dengan ahli masjid dan bertanya mane rumah tok imam..die pun bagi petunjuk..sebelum ke rumah tok imam,, kami tampal dulu di papan kenyataan masjid tersebut.. selepas tu, kami ke rumah tok imam... tiba disana, macam biasala adab dtg rumah org..kami memberi salam..kemudian dengar ada orang menjawab salam,, hampir 7 minit kami tunggu di luar rumah.. tiada kelihatan pun tuan rumah.. xpelah,, kami melangkah ke depan pintu rumahnya.. baru ada kelihatan tuan rumah di atas katil..kemudian tok imam tu suruh kami naik... masuk je kerumahnya... kene marah.. cuak juga rasanya.. dtg rumah org tetiba kene marah.. dah la xkenal dgn tok imam tu...rupanya sewaktu kami bg salam td tok imam tu jawab salam n suruh kami naik. kerana dia xlarat, die baru tubik dr hospital..owhhh baru kami paham.. die suruh naik.. die cakap bahasa kelantan n xberapa clear sgt... itu yg kami kene marah.. ap2 pun sabar je la,,, kami perkenalkan dr iami dr UM NP.. terus nada dia berubah.. owhh UM Nilam Puri..ada gapo?? kami pun ckp la itu ini.. lama2 rancak juga menyembang dgn tok imam ini dan zawjahnya... sebelum berangkat pulang kami minta maap banyak2 pd tok imam ini.. heheh cuak kot kene marah dgn org kelantan.. kemudian  kami saja2 nak pergi tgk rumah ust muhiden TP APIUM NP,, katanay rumahnya banglo besar... kami pergi la cari.. wah,, besar rumah die,,, patutla dengan besar itu.. die keluarga besar.. cahaya matanya ramai, 10 org kalau xsilap...saja jalan2.. selepas itu terus menuju ke masjid Kok lanas,, jmp ngan tok imam. seperti biasa bg respon baik..n tampal di notis board... kemudian kami pulang la ke UM.. dalm perjalanan pulang kami singgah dulu di masjid Kedai Piah.. jumpa ngan tok imam muda bg pd die... kemudian jam pun dh menunjukkn pukul 1.00 tgh hari.. qiel,, perut pun dh lapar ni..jom isi perut dulu sementara tunggu azan..kami pun singgah di kedai makan berhampiran masjid mukim kadok..makan distu,,denagn cepat dan pantas,, perut lapar. laju je kami habskan makanan.. kami buat kedai tu macam kedai kami je... lgpun makcik kedai tu layan sungguh kami, bg budu, bagi tempoyak .memang selera kami makan.. kemudian azan berkumandang,, kami pun menuju ke majjid kadok untuk solat jumaat.. sampai di masjid... selepas solat sunat tahiyatul masjid.. pegawai masjid sedang buat pengumuman...pengumuman ke-4,"" U.malaya n.puri menjemput kita ke hari terbuka pada 30jun-2julai bermula jam 9.00pg hingga 11.00 malam. terdapat banyak aktiviti yang dianjurkan.. ambo nak sebut kt sini banyak sgt.. mari kita pergi ramai2 ke sana,, bukan jauh dr tempat kita hanya sebatu setengah jer..  pegawai masjid tu buat pengumuman  tentang apa yang kami minta iatu tentang Hari Terbuka UMNP. Syukur Alhamdulilah.. walaupun pada awalnya kene marah dgn tok imam,, tp hasilnya masjid itu buat pengumuman tentang makluman hari terbuka tersebut..syukur alhamdulilah..aku nampak kelihatan u.muhideen dari belakang. mana boleh anak murid xkenal ust nya.. walaupun dr belakang dan jauh tempatnya dari ku.. tp aku yakin itu ust muhiden.ketika hendak solat jumaat.. aku solat betul2 di belakang ust muhideen.. ya allah. dah tetapkan begitu..tp mungkin die xperasan. xpe. itu xpenting, lepas solat aku terus ke belakang.. die xperasan kan aku dan aqiel..setelah selesai solat sunat n doa. kami pun pulangla le UM NP. inilah sedikit perkongsian bermakna buatku.. cerita macam lawak kene marah n apalah.. tp alhamduliah,, seronok.. dapat kenal dgn tok imam2 di sekitar kawasan sini.. baik2 org disini. baru kenal dah macam kenal lama... syukur,, semoga Allah memberkati ke atas usaha kita semua.insyaallah. syukran kasiran..wasalam..

Monday, June 13, 2011

KESABARAN ADA HAD NYA. HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI

assalamualaikum..ingin berbicara tentang tahap kesabaran....tetiba hati ini berkata,, kenapa mesti hidup begini?? pelbagai persoalan timbul dan bermain di fikiran ku... aku tidak tahu yang mana benar, dan yang mana salah..pabila dilihat,, alhamdulilah.. aku memandang thiqoh,, tetapi hakikatnya hanya Allah yang tahu sejauh mana kebenaran dalam hatinya.. aku tidak boleh menilai..kerana penilaian Allah lebih hebat.. perasaan hasad itu timbul,, tidak tahu tujuannya... mungkin ia sedang tersimpan dan tidak diheboh2kan... kenapa perlu bersikap sedemikian... sedangkan masing2 hendak bawa matlamat yang sama iaitu ISLAM... bila difikirkan balik,,, kenapa perlu begini...??? aku mencari jawapannya... sedikit demi sedikit pekara ini berlegar-legar dihati dan fikiranku... hanya kepada Allah aku panjatkan doa dan kepadaNya juga aku mengadu..Dalam teoti/kursus/taklimat... semangat.. semua fakta,,semua maklumat,, ayat berbunga-bunga keluar.. tetapi apabila melaksanakan,,, hanya Allah yang tahu. biarlah Allah yang menilai... bila bercakap/berhujah/berceramah semua orang boleh cair dengan kata2nya... tetapi hanya kata2 sahajala... yang selebihnya...lihatlah... bila bercakap,,kita bekerja bersama-sama... tetapi apabila buat kerja...ermmm.. dan boleh pulak merendahkan apa yang dia pakai kepada orang lain..dan mengangkat-angkat benda yang dia pakai satu lagi agar ia lebih gah... itu xpelah.. tetapi janganlah sampai nak merendah2kan sesuatu pihak. kalau nak angkat satu pihak, angkat jela, xperlu untuk perketekkan orang laiin kepada orang yang baru nak mengenali..... minta maaf kepada pembaca... ini bukanlah untuk luahan perasaan..tetapi untuk perkongsian..lebih2 lagi untuk diri ini yang sedang memperbaiki diri yang lemah... dalam mencari keberkatan dan keredhaan Allah,,kita perlu perbanyakkan ingatan kpd Allah... hanya Allah yang dapat membantu kita... pesanan juga untuk diri ini,,, tingkatkan tahap kesabaran anda...Laa tahof waala tahzan..innallahamaana.... wasalam..

Friday, June 10, 2011

KEHIDUPAN MINGGU PERTAMA DI SEMESTER TIGA

22-24 mei 2011, kursus Pembantu Pelajar KKNP.
24-28 mei 2011,persiapan untuk menyambut pelajar baru.
29mei-2 jun 2011,Minggu Haluan Siswa pelajar baru.
6 jun 2011, bermula hari pertama kuliah setelah hampir 3 bulan bercuti.
bermula lah tanggungjawabku.... amanah Allah yg diberikan kepada ku.
Aku ditaklifkan sebagai Presiden Jawatankuasa Tindakan Kolej(JTK).. memastikan semua sahabat penghuni Blok Al-Ghazali berada dalam keadaan yg selamat...
Minggu ini aku ditugaskan oleh Akh Syafiq Yusof agar bercakap Arab ketika Tobhur pertama pada hari rabu, 8jun2011.. bersusah payah menyiapkan teks melayu, kemudian translate ke dlm arab. meminta bantuan sahabat syed zain, akh nabil, Akh syafiq yusoff dan ramai lagi. xsenang hati selagi xbuat persembahan ucapan ketika tobhur.hari yang dinanti-nanti pu tiba. 8jun 2011, jam 8.05 pg. kaki ku melangkah masuk ke Dewan Johor. Tobhur pada hari ini diadakan di dewan Johor. jam 8.30pagi, tobhur bermula, majlis dipengerusikan oleh akh shauqi.. setelah selesai mengalunkan zikir asma-ul-husna.. akh shauqi menyebut namaku sebagai yg membuat ucapan yang pertama.. berdegup kencang dadaku,, menggeletar betis kakiku.. tetapi aku cuba mengawalnya.. alhamdulilah. dengan yakin aku memulakan ucapan dalam bahara arab... buat pertama kali, aku bercakap di khalayak ramai dengan menggunakan bahasa arab..syukur alhamdulilah..pengalaman ini banyak memberi manfaat kepada diriku.. dalam kesibukan dunia ini, Allah masih membuka ruang untuk kita sentiasa bertaubat... syukran .. salam mujahadah... sebentar tadi jam 10.00 10jun 2011, baru sahaja setelai pelancaran simfoni mentor.... syukur alhamdulilah... insyaallah. doakan kami di APIUM Nilam Puri.... semoga antum semua bejaya dalam ap jua bidang....wasalam..

Saturday, May 21, 2011

Tanah Runtuh di Hulu Langat,Selangor...

16 0rang meninggal dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat. Mereka terdiri daripada persatuan anak-anak yatim Malaysia Hulu Langat,Selangor. Sama kita doakan mereka diberi keampunan oleh Allah, dan ditempatkan mereka bersama orang-orang yang beriman di syurga hakiki... Insya-Allah. sedekahkan Al-Fatihah buat mereka. Al-Fatihah....

Sejenak Renungan


29mei 2011, tarikh minggu haluan siswa bermula universiti malaya nilam puri. akn menerima sahabat2 baru daripada seluruh pelusuk malaysia yang akan mneruskan pengajian disini dalam bidang asasi pendidikan islam,asasi syariah,asasi usuludin dan asasi pengajian islam dengan sains(APIDS). ahlan waa sahlan waa marhaban bikum buat semua. kepada sahabt2 seperjuangan MPPJTK sama2 kita laksanakan tanggungjawab dengan penuh ikhlas dan dedikasi. sama2 kita bantu dan bimbing sahabat2 kita yang baru masuk ini. insyaallah sama kita hidupkan roh tarbiyah di bumi nilam puri ini. insyaallah. 
pada tarikh tersebut, guru@warden@bonda @ umi jariah khalib di SMKA Slim River, akan berangkat ke tanah suci mekah untuk menunaikan umrah bersama suaminua yang tercinta. cikgu Jamal.betapa gembiranya mereka kerana menjadi tetamu Allah. semoga mereka dalam keadaan sihat dan dapat menunaikan umrah dengan baik. doakan kami (anak2 murid) smka slim river sentiasa berada dibawah naungan illahi. dan doakan juga SMKA Slim River kembali kegemilangannya menjadi sbuah institusi agama yg melahirkan insan yang berperanan dalam masyarakat.
pada 31mei2011, ayahanda guru sainsku merangkap PK Pentadbiran SMKA Slim River sekarang ayahanda tuan haji zulkifli bin md said juga akan berangkat ke tanah suci bersama-sama isterinya puan samsiah serta kedua ibu bapanya. mereka juga menjadi tetamu Allah... semoga semua dapat melakukan umrah dengan baik... doakan kejayaan anak2 didikmu menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. doakan juga keberkatan dan keredhaan Allah mengiringi kami(x-student) semoga menjadi profesional yang beriman dan berakhlak mulia... selamat menunaikan umrah buat umi jariah dan suami serta ayahanda tn haji zulkifli dan isteri serta kedua ibubapanya. salam pejuangan buat semua.
 Sentiasa Mencari Keredhaan Allah(SMKA)...

Friday, May 20, 2011